Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
93) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini rizab Kerajaan Negeri Selangor?
Rizab kewangan negeri terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan pada 14 Mac 2016 adalah berjumlah RM3,393.38 juta berbanding RM3,258.61 juta pada 31 Disember
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengekalkan jumlah rizab tanpa melakukan projek pembangunan di Selangor?
Rizab kewangan Kerajaan Negeri Selangor akan digunakan bagi program, projek dan aktiviti untuk tujuan pembangunan Negeri Selangor dan kebajikan rakyat Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor pada Dewan Negeri Selangor Sidang November 2015 telah membentangkan lima (5) strategi Belanjawan 2016 yang memberi keutamaan untuk menjana pembangunan dinamik dan organik di mana strategi ketiga Belanjawan 2016 adalah mempertingkat Pembangunan Berkualiti dan Inisiatif