Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
139) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah rizab terkini KNS ?
Rizab kewangan negeri terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan pada 14 Mac 2016 adalah berjumlah RM3,393.38 juta berbanding RM3,258.61 juta pada 31 Disember
-
Sila kemukakan jumlah rizab Negeri Ð Negeri secara perbandingan dari 2013- 2015 ?
Jumlah Kumpulan Wang Disatukan negeri-negeri secara perbandingan dari 2013-2014 adalah seperti berikut:-
Negeri 2014 2013 RM Juta RM Juta Johor 2,309.44 1,799.10 Kedah 148.23 208.94 Kelantan 74.55 80.71 Melaka 99.67 58.13 Negeri Sembilan 506.36 458.89 Pahang 259.20 334.03 Perak 914.34 841.37 Perlis 42.86 99.89 Pulau Pinang 1,456.03 1,292.10 Sabah 2,326.01 2,224.05 Sarawak 27,025.07 23,359.19 Selangor 3,200.91 2,907.10 Terengganu 638.24 759.96 Sumber : Laporan Ketua Audit Negara – Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Tahun 2014
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 2015 masih dalam proses pengauditan oleh Jabatan Audit Negara dan tidak boleh dinyatakan.
-
Sila nyatakan secara terperinci apakah faktor utama yang mendorong kepada peningkatan rizab KNS ?
Faktor-faktor utama yang mendorong kepada peningkatan rizab Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
- pewujudan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri. Pewujudan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri telah berjaya membantu Kerajaan Negeri dalam menguruskan lebihan tunai dengan lebih efisien di samping memberi pulangan faedah yang optimum;
- pelaksanaan Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah dengan kerjasama di antara Perbendaharaan Negeri Selangor, semua Pejabat Daerah/Tanah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Bahagian Teknologi Maklumat, SUK sebagai satu pasukan (Ops. Kutip) seperti berikut:-
- menjejaki pemilik tanah yang berkenaan, menasihati dan memberi amaran melalui surat peringatan kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan tunggakan cukai tanah;
- menerima bayaran cukai tanah secara ansuran;
- memberikan pengurangan fi tunggakan (denda lewat); dan
- tindakan perampasan jika pemilik tanah gagal menjelaskan cukai tanah
- Kerajaan Negeri terutamanya melalui Pejabat Daerah/Tanah sentiasa berusaha meningkatkan kutipan cukai tanah melalui kaedah berikut:-
- mengenal pasti serta mengasingkan semua hak milik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil;
- membuka kaunter kutipan di luar pejabat bagi Pejabat Daerah/Tanah di kawasan berhampiran penduduk. Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan kaunter bergerak SMART Hasil Selangor bagi tujuan kutipan cukai tanah;
- membuka kaunter pada waktu rehat; dan
- menambahkan saluran / kaedah pembayaran secara atas talian (online) dan pusat pembayaran di kaunter
- Kerajaan Negeri juga berusaha menangani tunggakan hasil cukai tanah dengan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Hasil dan Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di Peringkat Negeri yang berfungsi untuk memantau pelaksanaan kutipan tunggakan cukai tanah secara holistik yang melibatkan penunggak tegar dan penyelesaian hak milik yang terlibat dengan permasalahan tanah di semua Pejabat Daerah/Tanah;
- Kerajaan Negeri turut mewujudkan pasukan Taskforce Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di empat (4) Pejabat Daerah/Tanah iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat untuk menangani secara khusus masalah tunggakan cukai tanah daripada hak milik bermasalah. Kerajaan Negeri mengambil maklum masalah bangunan strata yang sukar diselesaikan untuk pengeluaran hak milik strata turut menyumbang kepada tunggakan hasil cukai tanah;
- Perbendaharaan Negeri Selangor telah memperkemaskan dan membuat penambahbaikan terhadap perbelanjaan berhemat dan langkah-langkah tambahan yang perlu diambil ke arah pengurusan perbelanjaan wang awam yang sempurna telah mengeluarkan:-
- Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 7 Tahun 2013 : Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 bertujuan untuk memaklumkan garis panduan perbelanjaan berhemat bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan Negeri;
- Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun 2014 : Pemakaian Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 – Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Awam yang berkuat kuasa pada 1 April 2014 bertujuan memaklumkan berkenaan langkah penjimatan dalam perbelanjaan sektor awam;
- Surat Arahan Perbendaharaan – Langkah Penjimatan Dalam Perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa pada 1 April 2014 bagi memaklumkan mengenai perubahan had nilai dan syarat-syarat pembelian terus bagi bekalan/perkhidmatan dan had nilai kerja requisition selaras dengan langkah penjimatan Kerajaan; dan
- Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil 7 Tahun 2014 – Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2015 bagi memaklumkan mengenai pindaan dasar perolehan Kerajaan Negeri Selangor daripada sistem harga
terendah setelah melepasi penilaian teknikal kepada Sistem Cut-Off iaitu satu tanda aras harga sebut harga dan tender yang diperoleh melalui formula statistik bagi mendapatkan harga yang munasabah;
- pelaksanaan dasar pemilikan tanah Kerajaan untuk tujuan bangunan kediaman persendirian di mana bayaran premium nominal pada kadar RM1,000.00 bagi setiap hak milik dan bayaran khas tanah pada kadar yang ditetapkan apabila tanah tersebut hendak dipindah milik melalui proses jual beli. Hak milik bagi tanah ini akan dikenakan sekatan kepentingan tambahan. Rayuan pengurangan premium tidak dibenarkan;
- pelaksanaan dasar penolakan semua permohonan rayuan pengurangan premium / premium tambahan (sama ada melalui Borang 5A atau 7G) kecuali kes pemberimilikan tanah kepada individu bagi tujuan bangunan kediaman yang telah diduduki;
- Pejabat Pemungut Hasil Negeri Selangor juga, dari masa ke masa, akan membuat penilaian ke atas kadar dan pengurusan hasil sedia ada. Sebagai contoh, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah menaikkan kadar caj royalti, premium dan ses bagi hasil bahan batuan granit (Kuari) yang dikeluarkan daripada Hutan Simpanan Kekal berdasarkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dan merujuk kepada Kaedah-Kaedah Tanah Selangor (Perihal Kaedah 24). Kenaikan kadar adalah daripada RM6.76/m3 kepada RM10.15/m3. Kenaikan kadar telah menyumbang kepada kenaikan Hasil Cukai Hutan yang berjumlah RM48.4 juta pada tahun 2015 berbanding sebanyak RM25.8 juta pada tahun 2014; dan
- Perbendaharaan Negeri Selangor juga melalui Mesyuarat Mengkaji Hasil Negeri yang dipengerusikan oleh YB Pegawai kewangan Negeri bersama- sama Pejabat Pemungut Hasil Negeri dari masa ke masa akan mengkaji dan memperhalusi elemen sumber hasil yang boleh dikutip oleh Kerajaan Negeri di bawah kuasa yang diberikan seperti yang termaktub dalam Bahagian 3, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan