Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

195) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi terkini akaun bersatu dan dalam simpanan rizab Kerajaan Negeri sehingga Oktober tahun 2020.

    Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri  Selangor sehingga 31 Julai 2021 adalah stabil iaitu berjumlah RM3,193.25 juta yang  terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM797.76 juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM2,395.49 juta. Manakala Kumpulan Wang Disatukan (Rezab) sehingga 31 Oktober 2020 adalah sebanyak RM2,573.52 juta  yang  terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM791.41 juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM1,782.11 juta.

  2. Nyatakan perbezaan dari tahun 2019 dan sehingga Oktober 2020 rizab Kerajaan Negeri Selangor.

    Rizab Kerajaan Negeri pada 31 Oktober 2019 adalah sebanyak RM2,269.22 juta  jika dibandingkan dengan rizab pada 31 Oktober 2020 sebanyak RM2,573.52 juta. Jumlah perbezaan adalah sebanyak RM304.30 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.