Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

11) RIZAB KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rizab kerajaan negeri Selangor setakat ini?

    Rizab negeri terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan pada 15 Julai 2016 adalah berjumlah RM3,950.64 juta.

  2. Bagaimanakah rizab ini dikendali?

    Kumpulan Wang Disatukan / Rizab Negeri dikendalikan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta Tatacara Kewangan 1957, Akta-akta Amanah, Arahan Amanah dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

  3. Berapakah yang boleh ditunaikan?

    Perbelanjaan yang dikenakan ke atas Kumpulan Wang Disatukan / Rizab Negeri adalah mengikut undang-undang atau kelulusan Dewan Negeri Selangor selaras dengan Perkara 104 Perlembagaan Persekutuan. Rizab kewangan negeri terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Oleh yang demikian, tidak kesemua rizab Kerajaan Negeri boleh dibelanjakan memandangkan ia adalah juga sebahagian daripada Akaun Amanah Disatukan yang akan digunakan mengikut kehendak undang-undang, akta-akta amanah dan arahan amanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.