Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

144) RIZAB KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi dan perbandingan rizab Kerajaan Negeri bagi tahun 2018-2019.

    Jumlah Rizab Kewangan Negeri Selangor pada tahun 2018 adalah sebanyak RM2,135.37 juta meningkat kepada RM2,141.76 juta pada tahun 2019.

  2. Nyatakan anggaran baki akaun hasil disatukan pada tahun 2020 ini, adakah semakin menyusut?

    Anggaran baki Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM134.29 juta menyusut berikutan anggaran Belanjawan Negeri Selangor yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri mengunjurkan defisit keseluruhan berjumlah RM133 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.