Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
55) RIZAB HUTAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah keluasan tanah-tanah rezab Hutan yang telah di teroka secara haram ?
Keluasan tanah-tanah rizab hutan mengikut sehingga Disember 2009 ialah seluas ±
2800 hektar. -
Apakah tindankan tegas yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membanteras pencerobohan tanah-tanah rezab hutan?
Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengambil
tindakan tegas Kawasan yang baru diteroka atau dikesan perlu dimusnahkan segera
termasuk merobohkan binaan dan memusnahkan tanaman serta diambil tindakan
menurut Akta Perhutanan Negara 1984.
i) Kawasan bekas teroka /ceroboh dikehendaki dipulihkan dengan pokok tanaman
spesies hutan atau tanaman yang bersesuaian.
ii) Kawasan penerokaan lama bertapak yang pernah diberi Permit penggunaan dalam
hutan simpan adalah dibatalkan.
iii) Kawasan ceroboh yang melibatkan pembinaan kuil atau tokong hendaklah dirujuk
kepada Jawatankuasa Penyelaras Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor
sebelum tindakan meroboh binaan dilaksanakan.
iv) Seterusnya mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu
dengan agensi berkaitan dalam menjalankan operasi memusnahkan tanaman dan
meroboh pondok/binaan setinggan, kandang ternakan dan lain-lain struktur dalam
HSK -
Sila senaraikan kewangan-kewangan rezab hutan yang telah di teroka secara haram mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor
Senarai kawasan-kawasan yang telah diteroka secara haram adalah seperti berikut:
HUTAN SIMPAN DAERAH
1. Sungai Karang
2. Kuala Langat Utara
3. Kuala Langat Selatan
4. Kapar
5. Teluk Gadong
6. Bukit Lagong
7. Hulu Gombak
8. Ampang
9. Sungai Lalang
10. Air Hitam
11. Bukit Sungai Puteh
12. Raja Musa
13. Bukit Belata Tambahan
14. Bukit Cherakah
15. Jugra
16. Kapar Tambahan
17. Bukit Belata
Sabak Bernam
Kuala Langat
Kuala Langat/ Sepang
Kuala Selangor/Klang
Klang
Gombak
Gombak
Gombak
Hulu Langat
Petaling
Hulu Langat
Kuala Selangor
Hulu Selangor
Petaling
Klang
Klang
Hulu Selangor