Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

53) RIZAB AIR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha konstruktif Kerajaan Negeri bagi meningkatkan jumlah margin rizab air yang rendah bagi menangani jumlah permintaan yang semakin meningkat?

    Kerajaan Negeri melalui Air Selangor telah merancang pembinaan infrastruktur loji rawatan air baharu bagi memastikan peningkatan rizab margin bekalan air sentiasa melebihi 15%. Berikut adalah senarai empat (4) loji-loji baharu yang sedang dan akan dibina bagi memenuhi peningkatan permintaan bekalan air pengguna;

    Loji Baharu Kapasiti Jangkaan Siap
    LRA Rasau Peringkat 1 350 JLH

    700 JLH

    2026

    2027

    LRA Rasau Peringkat 2 700 JLH 2028
    LRA Labohan Dagang Fasa 2 200 JLH 2029
    LRA Langat 2 Fasa 2 1130 JLH 2030

     

    Air Selangor juga melalui perancangan Pelan Perniagaan 30 tahun sedang giat melaksanakan kerja-kerja penggantian paip, menaik taraf aset seperti rumah pam dan tangki serta paip agihan dan retikulasi air, menaik taraf loji rawatan air, meningkatkan kapasiti simpanan air dengan membina tangki dan kolam air baharu serta merangka pelan Water Grid Interconnectivity (atau Kesalinghubungan Grid Air).

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.