Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
69) RIZAB AIR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dengan adanya beberapa loji rawatan air yang baru dibina dan beroperasi, apakah margin rizab air di Selangor berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya?
Selangor mempunyai 8 empangan air dan 32 loji pembersihan air. Pada masa ini, jumlah kebolehan pengeluaran loji-loji tersebut adalah sebanyak 5,027 JLH dan kadar pengeluaran semasa adalah sebanyak 4,850 JLH. Purata rizab air pada bulan Disember 2016 adalah sebanyak 4.34% (218JLH). Dengan kadar pertumbuhan purata 3.5%, rizab bekalan air sekarang adalah pada tahap ‘thin margin’. Unjuran permintaan air adalah berdasarkan kadar kenaikan permintaan tahunan sebanyak 3.5% untuk sepanjang tempoh unjuran (2017 – 2030), manakala kadar rizab bekalan air berdasarkan sasaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah sebanyak 15% – 20%.
Melalui projek-projek bekalan air yang sedang dilaksanakan, ia dapat meningkatkan kapasiti boleh agih seperti berikut:-
Nama projek Tahun dijangka siap Kapasiti (JLH) Semenyih 2 Disember 2017 100 Labohan Dagang Disember 2018 200 Langat 2 Disember 2019 1130 Jumlah 1430 -
Apakah perancangan yang akan dilakukan untuk meningkatkan rizab ini?
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menetapkan satu garis panduan bahawa Rizab bekalan air yang perlu dicapai oleh operator bekalan air adalah sebanyak 15% – 20% bagi memastikan kelangsungan bekalan air tanpa gangguan kepada pengguna.
- Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mencapai sasaran meningkatkan rizab bekalan air mencapai 15% sebagai satu initiatif ‘water demand planning’ yang berjangka panjang.
- Dalam usaha untuk meningkatkan rizab simpanan air ini, Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk melaksanakan antara lain seperti berikut:-
- Penurunan kadar Non Revenue Water (NRW) sekurang-kurangnya pada kadar 1% setiap tahun yang perlu dilaksanakan dengan serius oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor). Pelaksanaan pengawalan NRW dilaksanakan secara holistik melalui program pembudayaan organisasi bagi menjamin continuity dan sustainability.
Kunci kejayaan bagi program ini adalah penglibatan keseluruhan kakitangan, komitmen pengurusan dan kawalan kualiti kerja di semua peringkat.
- melaksanakan projek penukaran paip-paip air lama terutamanya di kawasan yang dikategorikan sebagai hotspot. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, Air Selangor telah mengenal pasti 84 hotspot yang meliputi 422 kilometer laluan paip yang akan digantikan secara berperingkat mulai tahun ini sehingga 2019. Melalui penukaran paip-paip lama ini, kehilangan air akibat paip bocor atau paip pecah dapat dikurangkan dan seterusnya ia dapat meningkatkan rizab simpanan air.
- Melalui pelaksanaan kempen jimat air, Kerajaan Negeri menekankan kepada falsafah hijau dalam konservasi air dan penggunaan semula air. Umpamanya, industri yang tidak perlu menggunakan air terawat, boleh menggunakan recycle water atau air tidak terawat. Sementara itu, pengguna isi rumah juga harus bertanggungjawab memastikan supaya penggunaan air terawat tidak dibazirkan dengan aktiviti yang tidak memerlukan penggunaan air terawat.
- Air Selangor dengan kerjasama SPAN akan meningkatkan lagi
Penguatkuasaan bagi membendung kecurian bekalan air