Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
129) RETAKAN DAN MENDAPAN JALAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pelan tindakan terhadap insiden retakan dan mendapan jalan luar jangkaan yang sering berlaku di Selangor?
JKR telah merangka pelan tindakan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan pemulihan segera. JKR melaksanakan pemantauan melalui kontrak konsesi penyelenggaraan jalan iaitu pemeriksaan rutin (Routine Inspection) yang dilaksanakan oleh pihak konsesi yang dilantik bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Sebarang insiden retakan dan mendapan luar jangka akan diambil tindakan seperti berikut:
- Tindakan Kecemasan
JKR mengenal pasti lokasi kerosakan dan melaksanakan Pengurusan Trafik (TMP) dalam tempoh kurang daripada sejam untuk mengawal aliran trafik dan mengelak kemalangan.
- Pembaikan Sementara
Kerosakan kecil akan dibaiki dalam 24 jam menggunakan peruntukan kecemasan bagi memastikan keselamatan sementara.
- Pembaikan Jangka Panjang
Untuk kerosakan kritikal, Arahan Kerja (AK) akan dikeluarkan berdasarkan kepada Notification of Defect (NOD) atau Notis Kecacatan yang diterima bagi pembaikan menyeluruh setelah peruntukan diluluskan.