Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

27) REMAJA YANG BERHENTI SEKOLAH DAN TIADA PEKERJAAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah belia yang telah berhenti sekolah di Negeri Selangor sebelum tamat persekolahan, dan jumlah mereka yang tiada pekerjaan?

    Menurut rekod Jabatan Pelajaran Selangor dan bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, tiada terdapat maklumat berkenaan pelajar yang berhenti sekolah sebelum tamat tempoh pengajian di Negeri Selangor.

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan masalah ini?

    Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan masalah remaja yang berhenti sekolah sebelum tempoh tamat sekolah adalah melalui Program SPIES tahap 2 bagi kategori Remaja. Pengisian Modul SPIES tahap dua ini (pemantapan) memberi penekanan kepada  membina karisma dan karakter peserta. Selain itu, Fasilitator akan mengenalpasti remaja/peserta yang bermasalah untuk diadakan sesi kaunseling. Sesi kaunseling akan diadakan secara berkelompok atau individu yang mana sesi ini akan dikendalikan oleh kaunselor yang berpengalaman untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh remaja tersebut. Biasanya  sesi kaunseling ini dijalankan dengan pengisian berasaskan spiritual untuk membina jiwa dan tingkah laku yang baik. Untuk yang bukan Islam penekanan yang diberikan adalah lebih kepada pendekatan elemen psikologi dan nilai-nilai murni.

     

    Bagi golongan belia di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri kita memiliki 2 buah institut kemahiran yang menyediakan program-program latihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran di kalangan belia yang tidak mendapat pekerjaan dan tidak dapat melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi. 2 Institut yang menawarkan pelbagai jenis kursus kemahiran ini adalah Kolej Inpens dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor. Kolej Inpens menawarkan kursus seperti Kursus Juruteknik Elektrik Industri

    (Peralatan) dan Kursus Industri Elektronik Mekanik (peralatan), Pembantu Juruteknik  Sistem Komputer, Juruteknik sistem komputer dan lain-lain. Manakala di Institut kemahiran Yayasan Selangor ditawarkan kursus seperti Pendawaian satu fasa/ PW2 (sepenuh masa), Kursus Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara, Pendawaian Tiga Fasa/ PW 4 dan lalin-lain. Syarat umum kemasukan ke INPENS dan IKYS adalah SPM, tidak cacat anggota, warganegara Malaysia, tiada rekod jenayah dan berumur 17 tahun ke atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.