Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
88) REMAJA DAN SUKAN DI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan untuk meningkatkan prestasi remaja dan sukan di Selangor?
Majlis Sukan Negeri Selangor telah merancang pelbagai program untuk meningkatkan prestasi remaja dan sukan di negeri Selangor termasuk program untuk jangka masa panjang sukan prestasi tinggi yang melibatkan peringkat tunas (akar umbi) hingga ke peringkat elit.
Antara program yang telah dirancang dan dijalankan adalah seperti berikut :
- Latihan sukan berterusan ;
- Menyertai kejohanan yang sesuai untuk tujuan pendedahan serta menilai tahap prestasi dan pencapaian ;
- Mengadakan bengkel-bengkel pembangunan dan kejurulatihan kepada atlet dan jurulatih (development programme) ; dan
- Menyertai kursus-kursus yang bersesuaian serta berkaitan.
-
Bagaimanakah pencapaian terkini dalam bidang tersebut?
Pencapaian terkini dalam bidang tersebut adalah sangat subjektif mengikut jenis sukan, peringkat umur dan juga peringkat kejohanan. Secara keseluruhan, pencapaian Negeri Selangor dalam bidang sukan adalah baik di mana kita sering menjuarai atau pun sentiasa membawa pingat dalam kejohanan-kejohanan yang disertai sama ada kejohanan peringkat umur, kebangsaan dan juga antarabangsa.
-
Di manakah kedudukan Selangor dalam bidang sukan berbanding dengan negeri-negeri yang lain di Malaysia
Kedudukan Selangor dalam bidang sukan setakat ini berbanding dengan negerinegeri yang lain adalah di tempat ke-dua jika diukur melalui Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA). SUKMA adalah salah satu penganjuran acara sukan yang berprestasi tinggi yang dilaksanakan secara besar-besaran diperingkat Malaysia. Pelbagai jenis sukan dipertandingkan dan melibatkan penyertaan semua negerinegeri di Malaysia. Sehubungan itu jua, Negeri Selangor adalah merupakan salah sebuah negeri yang telah berjaya melahirkan atlet cemerlang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini terbukti dalam Temasya kejohanan Sukan SEA, Jakarta, 2011 yang lalu seramai 58 atlet negeri Selangor telah berjaya terpilih bagi mewakili Negara ke kejohanan tersebut.