Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

58) REKREASI HUTAN KANCHING

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pusat rekreasi Hutan Kanching Taman Templer?

    Taman Eko Rimba Kanching @ Hutan Lipur Kanching merupakan Taman Eko Rimba di bawah Pengurusan Tourism Selangor Sdn. Bhd bermula tahun 2005. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri – MMKN Ke 15/2005 yang diadakan pada 22 Jun 2005 telah menimbang dan meluluskan pengurusan Hutan Lipur Kancing diletakkan di bawah Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan kini masih beroperasi seperti sedia kala.

Lampiran

Tiada Lampiran.