Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

228) REFORMASI SISTEM KEBAJIKAN OKU TERLANTAR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan terhadap OKU terlantar?

    JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR

    1. Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT). Tujuan diberikan bantuan adalah seperti berikut:

     

    • Menggalakkan keluarga untuk menjaga ahli keluarga OKU terlantar/ pesakit OKU
    • Mengurangkan bebanan perbelanjaan penjagaan keluarga
    • Mengelak atau mengurangkan kemasukan ke

     

    Kriteria kelayakan penerima bantuan BPT adalah seperti berikut:

     

    • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa yang merupakan ahli keluarga OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar;
    • OKU terlantar/pesakit  kronik    terlantar   yang   bergantung            sepenuhnya kepada penjaga untuk kehidupan harian; dan
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00

     

    Statistik penerima bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) mengikut daerah bagi September 2015 adalah seperti berikut:

     

    Daerah Bilangan Penerima Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan

    Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

    Perbelanjaan (RM)
    Klang 342 1,403,700.00
    Gombak 268 774,900.00
    Petaling Jaya 482 1,655,700.00
    Hulu Langat 326 985,250.00
    Kuala Langat 148 611,400.00

     

    Hulu Selangor 161 565,500.00
    Sepang 102 366,900.00
    Kuala Selangor 272 1,013,550.00
    Sabak Bernam 200 674,400.00
    Jumlah 2,261 8,024,300.00

     

    Bagi OKU yang tiada penjaga, pilihan terakhir adalah kemasukan ke Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu atau Rumah Ehsan bagi tempoh penjagaan maksima 3 tahun namun bergantung kepada kekosongan.

  2. Adakah perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk meluaskan lagi bantuan kebajikan untuk OKU terlantar?

    Tiada perancangan untuk meluaskan lagi bantuan kebajikan untuk OKU terlantar.

Lampiran

Tiada Lampiran.