Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
26) REFORMASI SISTEM DATA TANAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah rakyat dapat manfaat dari projek tersebut?
Terdapat dua (2) sistem aplikasi yang telah dibangunkan oleh kerajaan negeri iaitu :
Bil Nama Sistem Kegunaan Dan Ciri-ciri Sistem 1. Selangor Land Information
System (SeLIS)
• Mengurus dan mengawalselia maklumat aset kerajaan negeri (tanah) terdiri seperti berikut : § ‘Virgin Land’;
§ Lesen Pendudukan Sementara (LPS);
§ Luput Notis 5A;
§ Luput Tempoh Pajakan ;
§ Tanah Yang Dirampas Notis 8A;
§ Tanah Rizab Hutan;
§ Lain-lain Rizab (rizab jalan, rizab sungai, rizab kemudahan awam dan lain-lain).
• Sistem dibangunkan dengan menggunakan teknologi web dan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS).
• Penggunaan sistem adalah di PTGS dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) bagi pengguna yang berdaftar.
Bil Nama Sistem Kegunaan Dan Ciri-ciri Sistem 2. Land Bank Library System (LBLS) • Menyimpan secara imej dokumen urusniaga dan bukan urusniaga tanah. • Pengguna adalah dikalangan kakitangan PTGS.
• Memudahkan urusan orang awam dalam memohon carian salinan sah dokumen urusniaga dan bukan urusniaga.
Antara manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat dari projek tersebut adalah:
- Selangor Land Information System (SeLIS) :
- Pangkalan data aset kerajaan negeri akan disimpan secara sistematik dan berpusat bagi memudahkan urusan pembangunan.
- Pangkalan data yang diintegrasikan dengan teknologi GIS dan Google Earth akan memudahkan kerajaan negeri menyelenggara aset berkenaan.
- Pangkalan data boleh diakses secara atas talian dengan menggunakan Teknologi antaramuka pengguna dengan tumpuan diberikan dari segi tahap capaian dan keselamatan data.
- Format data adalah standard bagi seluruh negeri Selangor bagi memudahkan kerajaan negeri mengurus maklumat tersebut untuk rakyat.
- Merupakan inisiatif yang baik bagi meningkatkan kecekapan pengurusan Maklumat aset kerajaan negeri.
- Sistem penyampaian kepada rakyat akan lebih cekap dan berkesan.
- Urustadbir tanah lebih professional – lebih baik, cepat dan kos efektif.
- Land Bank Library System (LBLS) :
- Memudahkan kerajaan mengurus dokumen urusniaga dan bukan urusniaga tanah dalam bentuk imej bagi memudahkan urusan carian salianan sah dokumen.
- Memudahkan orang awam membuat urusan carian sah dokumen di kaunter Pejabat Tanah Dan Galian Selangor.
- Selangor Land Information System (SeLIS) :
-
Berapa kos yang telah digunakan untuk membina sistem tersebut?
Kos yang digunakan untuk membangunkan sistem aplikasi :
- Selangor Land Information System (SeLIS)
BIL AKTIVITI KOS (RM) 1. Pembangunan Pangkalan Data GIS dan Latihan Untuk setiap Pejabat Tanah Dan Daerah 198,000.00 2. Pembekalan Peralatan ICT 100,000.00 3. Pembekalan Perisian ICT 119,000.00 4. Perkhidmatan Pembangunan Aplikasi Selangor Land Information System (SeLIS) 85,000.00 5. Perkhidmatan Latihan 37,600.00 6. Perkhidmatan TOT Untuk Pasukan Teknikal 10,000.00 7. Perkhidmatan Penyelenggaraan 93,000.00 JUMLAH 640,900.00 - Land Bank Library System (LBLS)
BIL AKTIVITI KOS (RM) 1. Digitization 4,054,166.60 2. Site Preparation 45,000.00 3. Management Boxes 100,000.00 4. Moving Charges 40,000.00 5. LBLS System and Implementation 474,000.00 JUMLAH 4,713,166.60