Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

17) REBAT PENGANGKUTAN GRAB BAGI PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bekerjasama dengan aplikasi selain daripada Grab bagi menawarkan rebat pengangkutan bagi pengambilan vaksin COVID-19 di Negeri Selangor?

    Untuk inisiatif Rebat Pengangkutan Grab Bagi Pengambilan Vaksin COVID-19, pihak MBI hanya bekerjasama dengan pihak Grab sahaja. Ini adalah lanjutan daripada kerjasama strategik antara MBI dan Grab dalam menjayakan agenda digitalisasi Negeri Selangor.

    Kolaborasi ini telah bermula sejak tahun lalu lagi apabila Grab Malaysia membantu peniaga bazar Ramadan untuk berniaga secara online menerusi GrabFood. Melalui GrabExpress pula, MBI telah membantu peniaga-peniaga kecil untuk meluaskan jangkauan pelanggan dalam memasarkan produk-produk mereka. Para peniaga juga didorong untuk melakukan transaksi tanpa tunai melalui GrabPay dan beberapa platform lain.

    Perjanjian kerjasama strategik antara MBI dan Grab Malaysia telah ditandatangani pada bulan Julai yang lalu.

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan setakat ini?

    Sehingga 8 Ogos 2021, kos semasa adalah sebanyak RM109,320 ribu. Kos semasa ini adalah berdasarkan kepada jumlah penebusan voucher rebat tersebut iaitu sebanyak 5,466 voucher iaitu RM20 bagi nilai setiap voucher. Jumlah peruntukan keseluruhan untuk inisiatif ini adalah sebanyak RM1 juta.

  3. Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan dan yang tidak diluluskan setakat ini?

    Sehingga 8 Ogos 2021, jumlah permohonan yang telah diluluskan adalah sebanyak 9,290 permohonan dan yang tidak diluluskan adalah sebanyak 3,017 permohonan. Permohonan yang tidak diluluskan adalah kerana maklumat tidak lengkap, tarikh vaksinasi telah lepas dan permohonan daripada bukan warganegara.

    Bahkan pihak MBI juga telah menerima permohonan daripada negeri-negeri di luar Selangor, seperti Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Kesemua permohonan ini tidak diluluskan. Daripada sudut pandang yang lain, ini membuktikan bahawa inisiatif ini turut mendapat perhatian daripada rakyat di seluruh Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.