Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

201) REBAN PENTERNAKAN AYAM

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah reban penternakan ayam yang telah diluluskan dan yang sedang dalam proses kelulusan di setiap PBT?

    Sejumlah 56 reban penternakan ayam yang telah diluluskan dan sembilan (9) sedang dalam proses kelulusan oleh enam (6) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan pecahan seperti yang berikut:

     

    PBT  BILANGAN REBAN PENTERNAKAN AYAM
    TELAH DILULUSKAN DALAM PROSES KELULUSAN JUMLAH
    MPK 14 3 17
    MPKJ 2 2
    MPSp 1 1
    MPKS 12 12
    MPHS 12 5 17
    MDSB 16 16
    JUMLAH 56 9 65
  2. Apakah syarat-syarat pembangunan yang ditetapkan untuk pembangunan reban ayam komersil?

    Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT Negeri Selangor bagi pembangunan reban ayam secara komersial (reban ayam yang bertutup) adalah seperti yang berikut:

     

    • perlu mendapatkan Kebenaran Merancang dari pihak PBT dan penyediaan pelan pembangunan;

     

    • perlu mematuhi keperluan agensi teknikal terutamanya Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar dari aspek kawalan pencemaran air dan alam sekitar;

     

    • cadangan reban ayam yang bertutup sahaja dan pengusaha adalah bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan air basuhan reban dan tinja sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak menyebabkan pencemaran dan kacau ganggu;

     

    • tapak cadangan berada di dalam zon guna tanah Pertanian dalam Rancangan Tempatan;

     

    • kategori kegunaan tanah adalah pertanian;

     

    • mempunyai jarak 50 meter dari sempadan tapak ke rumah sedia ada/ kawasan perumahan;

     

    • mempunyai akses keluar/ masuk yang sah dari jalan sedia ada;

     

    • perlu menyediakan kolam On Site Detention (OSD) dan kolam rawatan sisa tinja yang berasingan;

     

    • asrama pekerja dibenarkan dibina di dalam kawasan pembangunan; dan

     

    • tapak cadangan perlu jauh dari sungai dan parit yang digunakan untuk bekalan air minum kepada orang awam.
  3. Bagaimanakah pemantauan dan kawalselia dibuat?

    Pihak PBT Negeri Selangor bersama-sama dengan agensi penguatkuasa seperti Lembaga Urus Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah/ Tanah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Pengaliran dan Saliran mengadakan operasi berkala bagi pemeriksaan dan pemantauan keadaan reban ayam di kawasan PBT.

     

    Tindakan pemberian notis/ penutupan reban akan dijalankan sekiranya terdapat aduan dan ketidakpatuhan ke atas syarat kelulusan yang telah diberi.

Lampiran

Tiada Lampiran.