Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

304) REBAN AYAM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah reban ayam berlesen bagi setiap PBT.

    Jumlah reban ayam adalah sebanyak 49 reban. Jumlah secara terperinci mengikut PBT adalah seperti jadual :

    BIL PBT JUMLAH REBAN AYAM BERLESEN
    1. MBSA TIADA
    2. MBPJ TIADA
    3. MPK TIADA
    4. MPAJ TIADA
    5. MPSJ TIADA
    6. MPS TIADA
    7. MPSp TIADA
    8. MPKj 2
    9. MDKL TIADA
    10. MDHS 23
    11. MDKS 19
    12. MDSB 5
    JUMLAH 49
  2. Jelaskan secara ringkas proses permohonan lesen reban ayam.

    Lesen Peladangan Unggas akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Veterinar. Pihak Jabatan Veterinar akan hanya memberi kebenaran kepada pengusaha selepas bangunan reban berkenaan mendapat kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Pembangunan dari pihak PBT.

  3. Jelaskan secara ringkas bagaimanakah PBT menangani aduan-aduan terhadap reban ayam?

    PBT menggunapakai peraturan di bawah kacauganggu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dalam menangani aduan berkaitan dengan ayam. Di antara tindakan yang dikenakan adalah mengeluarkan Notis Kacauganggu bertempoh dan Notis Kesalahan jika berkaitan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.