Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

144) REAL-TIME LOAD RIVER POLLUTANT LOAD ANALYSIS SYSTEM (R+PLAS)

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penemuan (termasuk bandingan kos) dan keputusan LUAS untuk pengunaan Real-Time Load River Pollutant Load Analysis System (R+PLAS) bagi mengawal masalah pencemaran sungai?

    Satu (1) taklimat telah diaturkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 4 Oktober 2021 dengan menjemput ASMA Sdn Bhd untuk membentangkan penggunaan Real-Time Load River Pollutant Load Analysis System (R+PLAS) dalam pemantauan kualiti air sungai.

    Antara penemuan hasil taklimat tersebut adalah R+PLAS ini mengguna pakai pendekatan beban bahan pencemaran, atau terma yang sering diguna pakai adalah Jumlah Beban Harian Maksima (Total Maximum Daily Load, TMDL).

    Bagi menyokong R+PLAS ini, pembangunan stesen-stesen pemantauan yang dilengkapi dengan instrumen pengukuran kualiti dan kuantiti air secara real time adalah diperlukan di lokasi-lokasi yang bersesuaian bagi satu-satu lembangan sungai.

    Maka, satu semakan terperinci perlu dilaksanakan untuk melihat keperluan-keperluan infrastruktur dan pembangunan sistem termasuk kos-kos yang terlibat untuk penggunaan R+PLAS ini di kawasan kritikal yang dikenalpasti.

    Daripada aspek kebolehlaksanaannya dalam membantu mengatasi masalah pencemaran sungai, penggunaan R+PLAS ini adalah sama seperti sistem-sistem pemantauan kualiti air secara real time yang lain, di mana sistem ini dapat memberikan status kualiti air sungai semasa, namun masih memerlukan siasatan tapak untuk mengenalpasti punca pencemaran yang signifikan pada setiap kali pelanggaran kualiti sesuatu parameter yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.