Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

62) RAWATAN PROSTAT DAN SAKIT TUAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan skim atau program rawatan untuk kaum lelaki yang menghadapi masalah prostat dan sakit tuan?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan Skim Kesihatan Lelaki iaitu Prostate Screening pada tahun 2015. Skim tersebut diwujudkan khusus bagi kaum lelaki yang menghidapi masalah prostat dan sakit tuan.

  2. Jumlah pesakit prostat dan sakit tuan yang mendapat rawatan di hospital Kerajaan di Negeri Selangor bagi 3 tahun lepas.

    Bilangan pesakit yang menjalani pembedahan di hospital KKM Negeri Selangor di bawah disiplin Urologi adalah seperti berikut:-

     

     

    TAHUN BILANGAN KES
    2011 1352
    2012 2248
    2013 2292
    JUMLAH 5892

     

Lampiran

Tiada Lampiran.