Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
264) RAUDHAH CITY CYBERJAYA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan keistimewaan projek RaudhahCity Cyberjaya
Raudhah City adalah merupakan katalis untuk pembangunan SSP2. Katalis ini amat diperlukan untuk menjana pembangunan di koridor Selatan Negeri Selangor.Selaras dengan namanya, cadangan projek Raudhah City yang melibatkan kawasan seluas 533 ekar di SPP2, Sepang adalah sebuah konsep bandar moden yang dibangunkan berteraskan konsep ‘Safe, Smart and Sustainable’.
Pembangunan Raudhah City juga dijangka akan meningkatkan FDI di Selangor dengan penglibatan pelabur besar daripada Timur Tengah.
-
Apakah peranan kerajaan Selangor dalam pembangunan projek tersebut?
SSP 2 dimiliki oleh PKNS iaitu agensi pelaksana Kerajaan Negeri. Sudah tentu Kerajaan Negeri berperanan untuk memberikan kelulusan dan insentif sewajarnya untuk menarik pelabur.
-
Bagaimana projek ini dapat menarik pelabur atau komuniti bukan Muslim tempatan dan luar negara?
Konsep pembangunan ini berteraskan ‘Safe, Smart and Sustainable’. Ini adalah nilai-nilai universal yang akan menarik minat pelabur dalam dan luar negara untuk melabur di SPP2.