Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

28) RASUAH PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas menangani masalah rasuah pasir. Bagaimanakah prestasi pasukan khas tersebut?

    Pasukan ini baru saja ditubuhkan. KSSB dan SPRM telah mengadakan beberapa mesyuarat di dalam mengenal pasti ruangan kemungkinan (possible points) berlakunya rasuah.

    Pasukan ini akan mencadangkan tindakan-tindakan penambahbaikan yang akan diambil oleh KSSB.

     

  2. Nyatakan statistik aduan dan tangkapan berhubung masalah rasuah pasir mengikut daerah?

    Tindakan penguatkuasaan adalah bidangkuasa Pentadbir Tanah. Pentadbir Tanah telah mengambil langkah-langkat meningkatkan penguatkuasaan termasuklah;

    1. Menjalankan ops statik di kawasan-kawasan yang dikenal pasti
    2. Merampas tanah-tanah persendirian yang mana terdapat lombonglombong haram di atasnya
    3. Rondaan berkala
  3. Apakah pendekatan yang akan diguna untuk membanteras kegiatan kecurian dengan berkesan?

    Aduan dan tangkapan berkenaan rasuah pasir adalah bidangkuasa SPRM.

Lampiran

Tiada Lampiran.