Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
90) RANGSANGAN EKONOMI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan menjangka dapat menarik pelaburan melebihi RM 50 bilion di bawah pakej rangsangan ekonomi negeri melalui Inisiatif Kewangan Swasta bagi melaksana enam projek teras iaitu: 1) Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang 2) Pembangunan semula projek perumahan yang terbengkalai 3) Pembangunan semula kawasan bandar 4) Peningkatan hasil tanaman padi 5) Perluasan sistem pengangkutan 6) Penstrukturan semula industri air Selangor. Setakat ini berapakah nilai pelaburan yang telah diperoleh untuk merangsang ekonomi negeri dan projek teras manakah yang diberi keutamaan serta dapat menarik pelaburan tertinggi?
-
Berapakah jumlah pekerjaan yang telah dapat dicipta hasil pakej rangsangan ekonomi?
-
Adakah kerajaan bercadang membuka sebuah makmal (laboratory) yang memperincikan inisiatif pelaksanaan pakej rangsangan ini untuk tatapan rakyat?