Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
44) RANGKA KERJA BANDAR RENDAH KARBON (LCCF)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan PBT yang berjaya mendapat pengiktirafan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) di Selangor.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, senarai Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang berjaya mendapat pengiktirafan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) di Selangor adalah seperti berikut:
BIL. PBT PENGIKTIRAFAN RANGKA KERJA BANDAR RENDAH KARBON (LCCF) 1. MBSA MBSA bersama tujuh (7) rakan strategik telah berjaya menerima pengiktirafan dari Pihak MESTECC di atas pencapaian Low Carbon Cities Challenge di mana MBSA mendapat 11 BIL. PBT PENGIKTIRAFAN RANGKA KERJA BANDAR RENDAH KARBON (LCCF) anugerah bagi dua (2) kategori yang dipertandingkan. MBSA sendiri telah mendapat 2 diamond iaitu bagi kategori Zon Pusat Bandar, Seksyen 14, Shah Alam dan kategori Bangunan Wisma MBSA. 2. MBPJ MBPJ telah menerima Provisional Certificate for Low Carbon Cities Framework oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) dan GreenTech Corporation di Persidangan Antarabangsa Greentech (IGEM) seperti berikut:- 1) 2 Diamond Design Category bagi Seksyen 13
2) Provisional Certicicate bagi Seksyen 13 dan Pusat Bandar Seksyen 52
3) GreenPASS SEDA 2 Diamond bagi Ibu Pejabat MBPJ
3. MPK MPK telah menerima pengiktirafan: 1) Provisional Certificate tahun 2017
2) Diamond Certification ( 2 Diamond ) Tahun 2018
4. MPSJ MPSJ telah menerima Provissional Certificate (Low Carbon Zone), Bandar Sunway 5. MPS MPS telah menerima Provisional Certificate Low Carbon Citties Framework dari KeTTHA BIL. PBT PENGIKTIRAFAN RANGKA KERJA BANDAR RENDAH KARBON (LCCF) 6. MPAJ MPAJ telah menerima pengiktirafan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon 7. MPKJ MPKJ telah menerima Sijil Pengiktirafan Low Carbon Cities 2030 Challenge sebanyak 4 Diamond 8. MPSP MPSP telah menerima keseluruhan 13 Diamond dibawah 4 elemen iaitu : 1. Tenaga – 4 Diamond
2. Sisa pepejal – 3 Diamond
3. Pengangkutan – 4 Diamond
Hijau – 2 Diamond
9. MDKL MDKL telah menerima Privinsional Certificate 10. MDHS MDHS telah menerima pengiktirafan Diamond bagi Zon Bandar Kuala Kubu Bharu dan Provisional Certificate untuk kategori Partner Bagi Ibu Pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor -
Nyatakan kaedah-kaedah pengurangan karbon yang diwujudkan oleh PBT di Selangor dan keberkesanannya.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pelbagai inisiatif perlu dilakukan di dalam pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) antaranya:
PBT INISIATIF PENGURANGAN KARBON TAHAP KEBERKESANAN MBSA Tiada Tiada MBPJ i. Ekonomi dan Insentif e.g Skim Rebat Cukai Taksiran, Tempat Letak Kereta Percuma selama 1 Tahun bagi kereta Hibrid/elektrik, pemasangan lampu LED di lorong belakang. ii. Kesukarelawan e.g Pengkomposan Isirumah, Urban Farming, ISO 14001, Ekomobiliti, Pengasingan Sampah dan Kitar Semula, Keberkesanan Tenaga dibangunan.
iii. Perundangan e.g Akreditasi bangunan Hijau, Sistem Pengumpulan Air Hujan, Kolam Tadahan Air, Lampu LED, Kawasan Hijau 15%, Bebas Straw Plastik (masih awal lagi)
iv. Sosial e.g Karung Kitar, Food Bank
MPK i. Membina Sistem Green Earth Smart System MPK bagi merancang, merekod, mengukur, menganalisis perlaksanaan rendah karbon di Majlis Perbandaran Klang ii. Menyediakan pelan tindakan Majlis Perbandaran Klang secara in house.
Sistem Ges Mpklang memberi impak positif kepada semua pihak berkepentingan dalam mencapai Klang Bandar Rendah Karbon 2027, antaramya adalah :- Memaparkan penglibatan dan penyertaan agensi,sekolah dan komuniti yang terlibat sama dalam bandar rendah karbon melalui penandaan kawasan berwarna hijau dan ikon ‘Star’
a) Menggalakan penglibatan secara sihat diantara agensi, sekolah dan komuniti dalam membudaya dan amalan rendah karbon dalam komuniti kehidupan seharian.
b) Sehingga kini, penglibatan dan kerjasama daripada pihak-pihak berkepentingan dalam LCC di Majlis Perbandaran Klang adalah seperti berikut :-
1. Agensi kerajaan – LPK,PTDKlang,IWK, PTGKlang
2. Sekolah-sekolah (66 buah sekolah)
3. Komuniti JMB – (90 JMB)
4. Bangunan ibupejabat Majlis Perbandaran Klang dan Pusat Konvensyen di Bandar Bukit Raja
5. Projek pemaju swasta – Biobay Industrial Park, Pulau Indah
6. Masjid dan surau
7. Projek LRT 3
50% masih kekal sebagai kawasan rendah karbon
MPSJ i. Implementasi keperluan teknologi hijau (Solar/SPAH/LED) pada pembangunan sedia ada (retrofitting) dan pembangunan baru ii. Menggalakkan kepada pemilik bangunan yang menggunapakai teknologi hijau dan mempunyai ‘Rating GBI’
iii. Kesedaran Gaya Hidup Rendah Karbon
iv. Low Carbon Zone
i. Mensyaratkan penyediaan keperluan teknologi hijau dalam setiap pembangunan yang baru. ii. Terdapat 18 bangunan di bawah pentadbiran MPSJ yang telah mendapat pengiktirafan bangunan hijau daripada GBI (Green Building Index)
iii. Mewujudkan sekolah bertaraf rendah karbon melalui program generasi bestari (Smart Gen)
iv. Menjalankan program hari tanpa kenderaan sebanyak 2 kali setahun
v. Bandar Sunway telah mendapat ‘Provisional Certificate’ (Low Carbon Zone), Bandar Sunway daripada MESTECC.
vi. Pengumpulan jumlah sisa yang diproses menjadi tenaga
vii. Pengumpulan jumlah sisa diproses menjadi kompos
– Peningkatan kadar kitar semula
– Projek SJ riverfront USJ 1 Subang Jaya
– Terdapat 12 lokasi pengecas kenderaan ‘Electrical Vehicle’ (EV Charge)
– Terdapat 5 laluan Bas Smart Selangor di awah pentadbiran MPSJ
Terdapat 57 lokasi Kebun Komuniti di MPSJ
MPS i. Hari Tanpa Kenderaan ii. Kebun Komuniti
iii. Program Tanam Pokok
iv. Penyediaan SPAH di dalam kompaun MPS
v. Program Pengurangan Tenaga elektrik penggunaan didalam bangunan MPS
vi. Meletakkan syarat penyediaan sistem SPAH kepada pemaju di dalam surat kelulusan Kebenaran Merancang
vii. Penggunaan Solar Panel bagi Roof Top Garden, Menara MPS
viii. Penggunaan lampu jimat tenaga (LED)
ix. Melaksanakan Kempen Kesedaran Penjimatan Elektrik dalam amalan EKSA
x. MPS menggalakkan semua kakitangan mengamalkan Amalan 3R
xi. Menggunakan sepenuhnya sistem aplikasi secara online untuk mengurangkan penggunaan kertas
i. Penggunaan tarif tenaga/elektrik dan air dapat dikurangkan. ii. Pengurangan jumlah kenderaan pada hari program dijalankan
iii. Menggalakkan masyarakat setempat bercucuk tanam
iv. Dapat mengurangkan kesan pemanasan rumah hijau
v. Mengurangkan kesan buruk ke atas perubahan iklim
vi. Menerapkan budaya rendah karbon dikalangan kakitangan MPS.
vii. Dapat mengurangkan pelepasan karbon bagi meningkatkan kualiti alam sekitar
MPAJ i. Dalam pengurangan karbon, MPAJ telah menyediakan Pelan Tindakan Ampang Jaya Bandar Rendah Karbon pada tahun 2016 yang mengandungi polisi, matlamat, strategi dan perancangan pelaksanaan untuk mencapai sasaran penurunan GHG 30% pada tahun 2022 dan 25% GHG pada tahun 2030. ii. Kaedah penurunan GHG dibuat sepertimana digariskan dalam Pelan Tindakan dan mengikut panduan yang dikeluarkan oleh GreenTech Malaysia seperti penggunaan sistem LCCF Track untuk mengukur kadar pelepasan GHG.
iii. Dalam skop Negeri Selangor, pihak UPEN telah menyediakan Pelan Tindakan Teknologi Hijau yang digunapakai di MPAJ dan PBT lain.
iv. Pembangunan Kebun Komuniti
Penurunan pelepasan karbon sebanyak 13.34% atau 416.86 tan karbon melibatkan Menara MPAJ, Pandan Indah (BRK 1) pada 2019 MPKJ i. Pihak MPKj telah menjalankan program pengurusan sisa (Program Kompos ii. Pengasingan Sisa Pepejal dan Kitar Semula)
iii. Program Penanaman Pokok,
iv. Pengangkutan (Bas Percuma Smart Selangor) dan tenaga (Penggantian Lampu Kepada LED) di Bandar Baru Bangi.
Pihak MPKj telah berjaya mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 817.43 tan Co2 berdasarkan sistem LCCF Track dan dianugerahkan 4 Diomond oleh pihak MESTECC. MPSP i. Program penjimatan tenaga ii. Penukaran lampu jalan kepada lampu led
iii. Penggunaan basikal elektrik
iv. Pembinaan bangunan hijau / low carbon building
v. Penggunaan tenaga solar
vi. Program kitar semula sisa pepejal
vii. Kitar semula minyak terpakai
viii. Program Car Free Day
ix. Penyediaan laluan basikal dan pejalan kaki
x. Penyediaan stesen evCharging bagi kenderaan elektrik
xi. Pengubahsuai alatan elektrik kepada alatan jimat tenaga
xii. Pemakaian syarat 5% “vertical greenery”
Pengurangan sebanyak 33.69% persamaan 2,647.56 tCO2e dan berpotensi dalam penyerapan karbon sebanyak 8.30% iaitu 3,133.51 tCO2/tahun. MDKL i. Menyediakan pelan tindakan bandar rendah karbon yang memfokuskan kepada empat elemen penghijauan bandar iaitu Infrastruktur, Bangunan, Alam Sekitar, dan Pengangkutan. ii. Menjalankan projek Kerangka Bandar Rendah karbon (Low Carbon City Framework) di Kawasan Industri Teluk Panglima Garang 2019 – 2029.
iii. Melaksanakan program-program kempen kitar semula dengan seluruh komuniti di Kuala Langat melalui Kempen #bebasplastik Negeri Selangor.
Pelbagai inisiatif hijau yang diterapkan melalui projek ini sebagai penggalakan ke arah usaha bandar rendah karbon yang melibatkan pelbagai kumpulan komuniti. MDKS i. Hari tanpa kenderaan ii. Laluan basikal
Mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemari alam sekitar. MDHS i. Kempen penjimatan elektrik dan air ii. Kempen Jom Timbang barangan kitar semula
iii. Penggunaan Lampu LEDProgram penanaman pokok
iv. Program bersama komuniti Hulu Selangor : Hari Tanpa Kenderaan
v. Penggunaan teknologi hijau
i. Penjimatan penggunaan air dan tenaga ii. Penghasilan sisa domestik berkurangan
iii. Peningkatan sisa kitar semula
iv. Kesedaran orang ramai pentingnya penjagaan alam sekitar
MDSB i. Pelaksanaan pengurangan kertas mesyuarat ke arah email dan penggunaan tab di dalam mesyuarat jabatan dalaman ii. Penggunaan panel solar d bagi menjana elektrik untuk kegunaan tandas awam di Dewan Sri Bernam
iii. Melaksanakan Program Sifar Plastik dan Polisterine diperingkat penjaja dan peniaga
iv. Program penamanan pokok-pokok teduhan, pokok berembang dan pokok bakau di kawasan perumahan, kawasan berisiko hakisan dan berpostensi untuk pengekalan ekosistem
i. Penjimatan kertas ii. Penjimatan elektrik
iii. Mengurangkan sisa plastik dan polisterine
iv. Kawasan yang ditanam pokok yang dimaksudkan mencapai sasaran dan mengurangkan risiko yang bakal berlaku