Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
71) RANCANGAN UNTUK MENJADIKAN PUSAT BANDAR MBSA SEBAGAI BANDAR TERBERSIH BERTARAF DUNIA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk menjadikan Pusat Bandar MBSA sebagai Bandar Terbersih Bertaraf Dunia?
Melalui hasrat Kerajaan Negeri dalam membina “Smart Cities” seperti yang dirangka di dalam “Blue Print Smart Selangor”, Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengambil tindakan proaktif dengan menjadikan Shah Alam Bandaraya Bersih Bertaraf Dunia dengan memberi fokus kepada 3 elemen berikut :-
- Smart Building
- Smart Waste Management
- Smart Transportation & Mobility
Malah, MBSA turut menerima Pengiktirafan Antarabangsa “Green Apple Award” bagi kategori “Best Environment Practise” untuk projek Pengindahan Lorong
Belakang pada 1 November 2014 dan 16 November 2015.
-
Apakah langkah-langkah telah dibuat ke arah usaha ini?
Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh MBSA dalam aktiviti kawalan kebersihan di pusat Bandar adalah seperti berikut:-
- Keutamaan menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan-jalan protokol dan jalan persiaran di pusat bandar. Kaedah pembersihan akan dibuat menggunakan ‘road sweeper’ iaitu menyapu dan menyedut pasir dan kotoran di tepi-tepi pembahagi Meningkatkan kecekapan perkhidmatan kontraktor pembersihan jalan persiaran/protokol dengan mewajibkan pekerja-pekerja menyapu mengikut masa yang ditetapkan.
- Memupuk amalan kitar semula di kalangan masyarakat Shah Alam yang mana Majlis telah membantu meletakkan tong-tong kitar semula di perhentian-perhentian bas pusat bandar untuk kegunaan pengguna perhentian bas sekaligus meningkat kepentingan kitar semula.
- Melaksanakan pilot projek ‘zero waste zone’ di kawasan komersial Laman
Seni 7 dengan kerjasama pemilik kedai-kedai komersial bagi mengurangkan sisa yang dilupuskan ke tapak pembuangan sampah.
- Majlis juga telah memperuntukkan penyediaan tong sampah 120L untuk semua rumah-rumah kediaman ‘landed’ dan tong sampah 660L untuk kawasan kampung tradisional yang bertujuan untuk memperbaiki dan memperkemaskan sistem pembuangan sampah oleh masyarakat Shah Alam.
Usaha lain yang dijalankan ke arah menjadikan Shah Alam sebagai Bandar Bersih Bertaraf Dunia ialah seperti berikut:
- Pengukuhan Jawatankuasa Pembangunan Mampan yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar
- Penubuhan Jawatankuasa Shah Green Road Map yang dipengerusikan oleh Timbalan Datuk Bandar.
- Melantik Duta Hijau MBSA yang terdiri daripada pelbagai latar belakang mengikut kepakaran jabatan masing-masing sebagai penggerak kepada program-program pelaksanaan Inisiatif Hijau Shah Alam.
- Mensasarkan pelaksanaan Shah Alam Bandar raya Rendah Karbon menjelang 2030 melalui 5 tindakan Rendah Karbon di dalam Rancangan Strategik MBSA 2016-2020 berikut :
- Menyediakan Perkhidmatan Pengangkutan Dan Mobiliti Yang Efisyen
- Mengintegrasikan Alam Semula jadi Dalam Alam Bina
- Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Yang Mesra Alam
- Pengurusan Penggunaan Sumber Tenaga Dan Air Yang Efisyen Dan Efektif
- Pentadbiran Dan Pengurusan Bandar raya berlandaksan Teknologi Hijau
- Menyediakan Laporan Low Carbon City Framework (LCCF) 2015/2016 “Base Lining” (mengumpul data dan seterusnya menyediakan laporan base line bagi mengukur pencapaian LCCF di Shah Alam).
- Mengadakan kempen Rendah Karbon di bangunan-bangunan di sekitar Pusat Bandar Shah Alam.
- Menyenaraikan inisiatif Kejiranan Hijau MBSA ke Kementeriaan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaaan Tempatan (KPKT) dan seterusnya diiktiraf di peringkat Negeri dan Kebangsaan.
Melaksanakan program-program bersama komuniti Shah Alam melalui Pertandingan Mini Zee Bee (Zon Bersih).
-
Berapakah peruntukan disediakan untuk usaha-usaha ini?
MBSA telah memperuntukkan sebanyak RM2.75 Juta bagi projek dan program pembangunan Majlis di Pusat Bandar, Seksyen 14, Shah Alam untuk tahun 2017 ini.