Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
311) RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah bantahan yang diambilkira dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JKSTP) setelah mendengar bantahan penduduk dan pihak berkepentingan mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dalam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2035?
Bantahan yang diambilkira dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JKSTP) adalah maklum balas yang direkodkan dan diterima dalam tempoh sebulan atau dilanjutkan lebih sebulan program publisiti bagi draf Rancangan Tempatan dilaksanakan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 14 (1) Akta 172.