Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

321) RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2025

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2025 masih berjalan seperti yang dirancang pada awalnya?

    Ya, RT MDSB 2025 masih berkuatkuasa dan digunapakai sebagai alat kawalan perancangan pembangunan Daerah Sabak Bernam.

  2. Mengapa Kebenaran Merancang ke atas Lot 12595 hingga Lot 12602, Pekan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam, Selangor ditolak oleh Majlis Daerah Sabak Bernam?

    Permohonan KM bagi Lot 12595 hingga Lot  12602 Pekan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam telah ditolak oleh MDSB dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.21/2021 pada 3 November 2021 dengan alasan mengekalkan gunatanah tapak cadangan sebagai tanaman padi. Walau bagaimanapun pemohon telah mengemukakan rayuan ke  Lembaga Rayuan negeri Selangor dan rayuan diterima pada 14 April 2022. Sehubungan dengan itu, MDSB telah mempertimbangkan semula permohonan KM yang ditolak dan digantikan dengan kelulusan KM melalui Borang C1 kepada pemohon selaras dengan keputusan Lembaga Rayuan Negeri Selangor dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.8 Tahun 2022 bertarikh 21 April 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.