Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
200) RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 2
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan dan jangka masa yang diambil untuk membetulkan Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2 ?
Majlis sedang menjalankan proses pengubahan terhadap laporan Rancangan Tempatan 2 (RTPJ2) yang telah diluluskan oleh MMKN pada 11 Ogos 2010. Cadangan pengubahan ini dikenali sebagai RTPJ2 pengubahan (1), telah dibincangkan di peringkat Majlis dan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri untuk kebenaran bagi menjalankan proses pengubahan di bawah Akta 172.
-
Apakah implikasi kepada pemilik tanah yang terlibat dalam pembetulan?
Selepas pindaan diwartakan, pemilik tanah boleh mengemukakan permohonan untuk Kebenaran Merancang bagi mengemukakan cadangan pembangunan mengikut piawaian perancangan yang telah ditetapkan.
-
Apakah implikasi kewangan kepada kerajaan?
Tiada implikasi kepada kerajaan.