Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

250) RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI TENGI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila Senaraikan projek-projek tebatan banjir terkini yang sedang dilaksanakan oleh JPS di Daerah Kuala Selangor.

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk melaksanakan projek tebatan banjir di Daerah Kuala Selangor. Perincian projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

    Selain daripada projek tebatan banjir, JPS Negeri Selangor turut melaksanakan empat (4) projek menaiktaraf sistem saliran dengan jumlah kos projek sebanyak RM19 juta bertujuan untuk mitigasi banjir. Perincian projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

  2. Apakah status Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tengi di Tanjong Karang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, JPS Negeri Selangor telah mengemukakan permohonan projek baharu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tengi di Tanjong Karang kepada JPS Malaysia di bawah Rolling Plan Kelima (RP5) RMKe-12 Tahun 2025. Namun, projek tersebut tidak disenarai pendek untuk kelulusan pihak Kementerian. Walau bagaimanapun, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor akan mengangkat permohonan projek ini untuk pertimbangan kelulusan di pihak Kerajaan Negeri untuk Rancangan Selangor (RS) yang seterusnya bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di kawasan Sungai Tengi terutamanya di kawasan pertanian.

    Berikut adalah perincian cadangan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tengi di Tanjong Karang:-

    Bil. Tajuk Skop Kos

    (RM)

    1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tengi di Tanjong Karang a)    Perkhidmatan perunding

    b)    Perkhidmatan juruukur

    c)     Penyiasatan Tanah (SI)

    d)    Pengurusan projek

    e)    Perolehan data (LiDAR, IFSAR)

    f)      Perolehan peralatan

    5,000,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.