Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
112) RANCANGAN TEBATAN BANJIR – SUNGAI PELEMPAS KAMPUNG MELAYU SUBANG DAN SEKITAR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerja-kerja yang masih tertangguh (jika ada) untuk memastikan masalah banjir di Kampung Melayu Subang tidak berulang lagi?
Bagi mengatasi masalah banjir di Kg. Melayu Subang, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan projek berikut:-
Selain itu, JPS juga telah menjalankan projek jangka pendek bagi mengatasi masalah banjir setempat seperti berikut:-
-
Apa tanggungjawab atau kerjasama masyarakat yang boleh dilakukan bagi mengurangkan atau menyelesaikan masalah banjir tersebut?
Komuniti memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu Kerajaan untuk mengelakkan kejadian banjir daripada berulang. Di antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak komuniti adalah seperti berikut:-
- Elakkan pembuangan sampah ke dalam saliran atau sungai.
- Menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aktiviti yang tidak dibenarkan dijalankan di dalam rizab sungai seperti pembuangan sampah haram, pembinaan struktur tanpa kebenaran, halangan di dalam sungai, kegagalan tebing sungai dan struktur yang mengganggu aliran air sungai.
- Menyokong aktiviti Kerajaan seperti Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK), KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah) dan lain-lain. Program sebegini bertujuan untuk memupuk rasa cinta dan sayang pada keindahan alam dan memberi kesedaran pada masyarakat tentang pentingnya air sungai dalam kehidupan seharian. Program yang telah diadakan adalah seperti berikut:-