Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

257) RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI BULOH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kemajuan dan jaminan Kerajaan Negeri untuk memastikan projek RTB Sungai Buloh siap mengikut Kelulusan Lanjutan Masa (EOT) yang akan berakhir pada 27 Disember 2024?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berikut adalah status pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan:-

    Pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja pembaikan ban dan kerja-kerja pembinaan Outlet Structure (OS) di lokasi OS 6 dan OS 8. Pihak Kerajaan Negeri tiada jaminan projek ini dapat disiapkan hingga 27 Disember 2024 kerana kemajuan kerja di tapak adalah bergantung kepada pihak kontraktor yang dilantik.

    Walau bagaimanapun, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sentiasa memantau projek tersebut dengan rapi dan mengeluarkan Surat Peringatan dan Surat Amaran secara bersiri bagi memastikan kontraktor dapat meningkatkan kerja-kerja di tapak. Selain itu juga, projek tersebut telah diangkat ke Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP) pada 17 September 2024 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPS Malaysia untuk tujuan penamatan. Berdasarkan keputusan Jawatankuasa CCP tersebut, projek tersebut telah diberi tempoh pemulihan selama 30 hari iaitu sehingga 27 Oktober 2024 untuk melihat prestasi kemajuan kontraktor tersebut. Memandangkan prestasi kontraktor hanya meningkat 2%, projek tersebut akan diangkat semula dalam Jawatankuasa CCP untuk meneruskan proses penamatan dalam tempoh yang terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.