Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
220) RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah ada kelulusan lanjutan masa (EOT) untuk Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buloh yang terkini?
Untuk makluman Yang Berhormat, kelulusan Lanjutan Masa (EOT) telah diberikan sebanyak dua (2) kali, EOT No. 1 diluluskan disebabkan hujan luar biasa pada November 2020 dan November 2021. Kelulusan EOT No. 1 diberikan sehingga 4 April 2024 dengan tempoh lanjutan masa 47 hari. Manakala, kelulusan EOT No. 2 diberikan disebabkan terdapat tambahan kerja bagi compact sub dan metering panel berdasarkan ulasan Tenaga National Berhad (TNB) semasa lawatan Pre-PIAT dan tempoh penyambungan bekalan TNB yang mengambil masa selama 6 bulan. EOT No. 2 diberikan sehingga 27 Disember 2024 dengan tempoh lanjutan masa selama 267 hari. Berikut adalah perincian Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan:-
-
Jika ada, bilakah tarikh baharu dan apakah jaminan ia dapat disiapkan mengikut tempoh yang diluluskan?
Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan sepatutnya disiapkan pada 27 Disember 2024 mengikut kelulusan Lanjutan Masa yang telah diberikan. Namun, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor tiada jaminan projek tersebut dapat disiapkan pada tempoh masa yang diluluskan. JPS Negeri Selangor telah mengarahkan pihak kontraktor untuk menambah jentera dan tenaga kerja bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut tarikh yang diluluskan. Namun, pihak kontraktor masih gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh JPS Negeri Selangor. JPS Negeri Selangor kini dalam proses mengangkat kelewatan projek ini kepada Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP) bagi tujuan penamatan. JPS Negeri Selangor memandang serius terhadap kelewatan kerja di tapak yang disebabkan oleh prestasi kontraktor yang tidak memuaskan.
-
Apakah terdapat perubahan skop kerja atau kekal?
Terdapat perubahan skop kerja dalam projek ini, namun ianya tidak menjejaskan tempoh penyiapan projek kerana tambahan kerja tersebut masih boleh dilaksanakan dalam tempoh yang diberikan.
Berikut adalah perubahan kerja yang telah diluluskan oleh Pegawai Penguasa: