Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
296) RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status semasa kemajuan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buloh yang dijangka siap pada 4.4.2024?
Berikut adalah status kemajuan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buloh:-
-
Apakah jaminan bahawa rancangan ini dapat disiapkan mengikut tempoh jangkaan?
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah mengemukakan beberapa siri Surat Peringatan dan Surat Amaran bagi memastikan pihak kontraktor menambah jentera dan pekerja untuk mempercepatkan kemajuan kerja di tapak.
JPS juga telah meminta pihak kontraktor untuk mengemukakan cadangan kuari lain bagi bekalan imported earth (tanah) bagi mempercepatkan kemajuan kerja pembinaan bund.
Mesyuarat Kemajuan Tapak dilaksanakan dua (2) kali sebulan bagi memantau prestasi kemajuan kerja di tapak. Pemantauan tapak juga dibuat secara berkala dengan menempatkan Resident Engineer (RE) di tapak.
-
Sekiranya tidak siap, apakah langkah yang akan diambil untuk mengelakkan banjir yang bakal berlaku?
Untuk makluman, kejadian banjir yang berlaku di kawasan Sungai Buloh adalah disebabkan oleh kapasiti air yang tidak dapat ditampung dan dialirkan keluar melalui pintu air pasang surut akibat daripada paras air sungai yang tinggi. Sehubungan itu, bagi mengurangkan jumlah air dalaman tersebut, JPS telah menempatkan sebanyak lapan (8) unit pam bergerak dengan kapasiti sedutan berjumlah 70 ft3/s .
Selain daripada itu, JPS turut melaksanakan kerja penyelenggaraan secara berkala. Penyelenggaraan pembersihan saliran dilaksanakan menggunakan jentera minimum sebanyak satu (1) kali setahun manakala pembersihan parit kampung secara tebasan adalah sebanyak tiga (3) kali setahun.