Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
123) RANCANGAN TEBATAN BANJIR MERU KHUSUSNYA JALAN PAIP, JALAN KENANGAN DAN JALAN TERATAI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah kajian RTB di kawasan ini akan disiapkan?
Rekabentuk terperinci bagi menaiktaraf Kolam Takungan Banjir dan kawasan Sekitar termasuk Jalan Kenangan, kawasan Ferry Park dan Jalan Paip adalah dalam peringkat ‘draft final” dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2021.
-
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini banjir di kawasan ini?
Peruntukan sebanyak RM20 juta telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf kolam takungan banjir Kampung Budiman, membina sebuah kolam baru di Fairy Park, membina sebuah kolam di Jalan Paip, menaiktaraf saliran Jalan Kenangan, menaiktaraf Sungai Bakul dan penggalian Sungai Binjai di Jalan Paip.
-
Bilakah pihak JPS akan meneruskan kerja-kerja menaiktaraf parit monsun di Persiaran Hamzah Alang sehingga ke Pekan Kapar?
Skop menaiktaraf Sungai Binjai di Persiaran Hamzah Alang sehingga ke Pekan Kapar sepanjang 3.5 KM telah dimasukkan dalam kertas permohonan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar dan telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan. Kertas kerja ini telah dipohon melalui Rolling Plan ke-2 RMK-12 melalui Kementerian Alam Sekitar Dan Air.