Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
364) RANCANGAN TEBATAN BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah butiran peranan yang dipertanggungjawabkan ke atas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di daerah-daerah khususnya Kuala Selangor dalam merealisasikan Rancangan Tebatan Banjir (RTB)?
Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir memerlukan penglibatan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dan JPS Daerah Kuala Selangor. Peranan JPS Negeri Selangor dan JPS Daerah Kuala Selangor adalah seperti berikut:-
-
Apakah garis masa yang telah ditetapkan untuk pelaksanaan RTB 2 di Kuala Selangor terutamanya DUN Jeram?
Untuk makluman Yang Berhormat, tempoh pelaksanaan projek RTB adalah bermula daripada pelaksanaan kerja reka bentuk, proses tender dan kerja fizikal di tapak. Pelaksanaan kerja reka bentuk akan mengambil masa selama 9 hingga 12 bulan termasuk kerja ukur dan penyiasatan tanah manakala proses tender mengambil masa selama 4 bulan bagi proses iklan dan penilaian tender oleh Jabatan. Tempoh pelaksanaan kerja fizikal di tapak pula akan mengambil kira keadaan semasa di tapak dan tahap kompleksiti projek yang akan dilaksanakan di mana pelaksanaan kerja fizikal kebiasaanya mengambil masa selama 18 hingga 24 bulan. Sehubungan itu, tempoh yang diperlukan bagi pelaksanaan projek akan mengambil masa minimum selama 3 tahun daripada peringkat pelantikan perunding sehingga projek siap sepenuhnya.