Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

232) RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah isi kandungan Rancangan Struktur Selangor 2035?

    Laporan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 mengandungi;

     

    • Matlamat Pembangunan Negeri Selangor
    • Teras Pembangunan dan Hala Tuju Strategik
    • Sasaran Indikator Pembangunan
    • Dasar-Dasar Pembangunan
    • Inisiatif Perlaksanaan
    • Pelan Strategik Spatial Gunatanah Negeri Selangor
    • Pengurusan, Pelaksanaan Dan Pemantauan

     

    Secara umumnya RSN Selangor 2035 telah menggariskan Matlamat dan sasaran pembangunan Negeri Selangor tahun 2035 iaitu Memperkasakan Pembangunan Negeri Selangor Sebagai Sebuah Wilayah Bandar Yang Berkembang Maju, Mampan Dan Makmur dengan disokong oleh 3 Teras Pembangunan utama iaitu ke arah wilayah bandar berkembang maju, ke arah wilayah bandar mampan dan ke arah wilayah bandar makmur. Setiap teras pembangunan di sokong dengan dasar-dasar dan inisiatif pelaksanaan iaitu langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencapai sasaran yang di tetapkan bagi membolehkan matlamat dan sasaran pembangunan Negeri Selangor tercapai sehingga tahun 2035.

     

     

  2. Siapakah konsultan yang menyediakan rancangan ini dan kos perundingannya?

    Perunding utama yang telah dilantik bagi menjalankan Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 adalah ANZ Planners Sdn. Bhd. dengan Kos Perunding sebanyak RM 1,085.938.20 juta.

  3. Apakah manfaat rancangan struktur ini kepada sosioekonomi dan rakyat Selangor?

    Rancangan Struktur Negeri Selangor ini adalah suatu perancangan jangka panjang bagi mencapai pembangunan Negeri Selangor iaitu sehingga tahun 2035. Arah tuju pembangunan Negeri Selangor ini adalah dengan mengambilkira keperluan-keperluan terutamanya peningkatan sosio ekonomi penduduk dan kesejahteraan rakyat. Antaranya menggariskan dasar-dasar serta inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup penduduk di bandar dan juga luar bandar serta meningkatkan kualiti kehidupan dengan mengambilkira keperluan penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur yang lengkap. Bagi peningkatan kualiti kehidupan bandar yang sejahtera rancangan struktur ini menerapkan konsep pembangunan secara mampan, mewujudkan bandar berdaya huni ‘liveable City’, Bandar Padat dan Bandar Selamat serta pemakaian konsep, ‘green city’ dalam pembangunan

    Rancangan Struktur ini juga menggariskan langkah-langkah bagi perancangan infrastruktur dan utiliti serta meningkatkan kemudahan pengangkutan seperti cadangan lebuhraya, pengangkutan awam serta kemudahan utiliti seperti keperluan bekalan air, letrik, telekomunikasi serta infrastruktur lain-lain lagi. Dengan perancangan secara menyeluruh RSN ini diharapkan dengan sasaran pencapaian terutama KDNK yang baik secara tidak lansung akan memberi manafaat kepada penduduk selangor dengan wujudnya peluang-peluang pekerjaan, peningkatan tahap pendapatan penduduk serta kualiti kehidupan yang sejahtera.

Lampiran

Tiada Lampiran.