Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

33) RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kali Rancangan Struktur Negeri (RSN) Selangor telah diterbitkan dan tempoh setiap RSN?

    Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 adalah rancangan struktur yang pertama disediakan bagi perancangan peringkat Negeri yang mana sebelum ini rancangan struktur di sediakan di peringkat daerah. Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 ini telah diwartakan pada 14 Jun 2007 dengan No. Warta 1541.

    Manakala Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 pula disediakan bagi menggantikan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020. Penggantian dan kajian semula ini dilakukan setelah dibuat semakan semula ke atas Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 didapati terdapat perubahan besar ke atas dasar-dasar serta arah tuju pembangunan Negeri masakini yang perlu dikaji semula. Keperluan untuk semakan semula ini selaras dengan keperluan Seksyen 11, Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172) yang memperuntukkan supaya semakan semula ke atas Rancangan Struktur sedia ada dilakukan setiap 5 tahun.

    Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk pihak Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa melaksanakan kajian semula Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dengan tempoh perancangan 20 tahun.

  2. Apakah dokumen rujukan bagi merangka RSN sebelum dan selepas ini?

    Bagi merangka Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 semua dasar dan pelan pembangunan fizikal yang sediada di peringkat persekutuan dan juga negeri di ambilkira dan sesuaikan untuk dimasukkan dalam rancangan struktur ini antaranya iaitu seperti Halatuju Perancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025, Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor, Merakyatkan Ekonomi Selangor dan Agenda 21 Selangor. Begitu juga dengan dasar-dasar pembangunan negara diterjemahkan dalam konteks pembangunan negeri iaitu Program Tranformasi, Model Ekonomi Baru, Program Tranformasi Ekonomi, Strategi Lautan Biru Kerajaan dan Rancangan Malaysia Ke-10. Selain itu Pelan serta dasar-dasar pembangunan yang berkaitan dengan perancangan fizikal juga di rujuk dan diambilkira iaitu

    antara Rancangan Fizikal Negara (RFN), Dasar Perbandaran Negara (DPN), Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian, perhutanan, Dasar Teknologi Hijau dan lalin-lain dasar yang telah digubal diperingkat Negara dan juga Negeri.

    Untuk makluman ahli Dewan, Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 ini masih dalam peringkat draf dimana ianya akan di publisitikan untuk penyertaan pihak awam bagi memberi pandangan, cadangan dan bantahan ke atas kandungan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 ini . Apabila Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 ini diwartakan ianya adalah menjadi dokumen rujukan rasmi kerajaan negeri bagi perancangan pembangunan negeri sehingga tahun 2035 dan juga untuk penyediaan Rancangan Lima Tahun Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.