Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
151) RANCANGAN SELANGOR PERTAMA (RS-1)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di dalam RS-1, Selangor disasar sebagai negeri "net zero emission" pada tahun 2050;
a) Apakah sasaran ini mampu dicapai oleh Negeri Selangor?Soalan (a) dan (b) akan dijawab bersekali.
Negeri Selangor kini berada di landasan yang betul ke arah memenuhi sasaran mengurangkan intensiti pelepasan karbon sebanyak 45% menjelang tahun 2030 dan sifar karbon seawal tahun 2050 dengan menggariskan Negeri Rendah Karbon sebagai agenda utama dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025. Agenda ini juga selaras dengan aspirasi negara
di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan komitmen diperingkat global menerusi Perjanjian Paris di bawah The United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC).RS-1 telah mengambil beberapa pendekatan strategik untuk memajukan kelestarian di Negeri Selangor dan mengaplikasikan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Amalan Tadbir Urus (ESG) dalam tadbir urus. Lima (5) sektor tumpuan, 38 projek/inisiatif dan 14 strategi utama kini menyokong pembangunan kelestarian negeri yang akan menjadikan Negeri Selangor sebuah negeri bebas karbon dan pertumbuhan hijau yang pesat. Selain itu, agenda dan gerak kerja yang proaktif seiring dengan keperluan pemantauan dan pelaporan menjadikan projek/inisiatif RS-1 sentiasa disemak imbang.
Antara inisiatif/projek di bawah Teras Kelestarian RS-1 yang telah dimulakan bagi mencapai matlamat ini adalah seperti berikut:
- Pemuliharaan biodiversiti menerusi program Central Forest Spine (CFS) dalam usaha pengekalan kawasan litupan hijau negeri sekurang-kurangnya 30% daripada keluasan tanah negeri;
- Mewujudkan hutan bandar (urban biodiversity) bagi mengurangkan kesan pulau haba dan kejadian bencana banjir kilat;
- Perbandaran Hijau melalui Kerangka Bandar Rendah Kabron (LCCF) yang digunapakai dalam perancangan dasar
di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor; - Pembangunan Hijau (green development) melalui perancangan reka bentuk pasif (passive design), penyediaan lebih banyak kawasan/ruang hijau dan reka bentuk Bangunan Cekap Tenaga;
- Meningkatkan kecekapan tenaga dalam mod pengangkutan di Negeri Selangor melalui galakan penggunaan kenderaan elektrik (EV) serta memperluaskan penyediaan fasiliti stesen pengecas EV;
- Pembangunan Pengurusan Sisa Pepejal Berteknologi Tinggi seperti Waste to Energy (WTE);
- Penerokaan projek tenaga boleh diperbaharui menerusi Selangor Carbon Program di Zon Selangor Maritime Gateway (SMG); dan
- Menggalakkan pemasangan panel solar dan lampu LED di bangunan/premis kerajaan,swasta dan persendirian.
Dalam menyokong hasrat Kerajaan Negeri untuk mencapai aspirasi bagi menjadi sebuah negeri yang neutral karbon seawal-awalnya pada tahun 2050, Kerajaan Negeri akan meneruskan agenda pertumbuhan hijau serta menambah baik program-program sedia ada seperti mempergiatkan penerokaan projek-projek tenaga baharu menerusi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan Jabatan/Agensi Persekutuan lain untuk mengambil tindakan bersepadu dalam mencapai kadar intensiti pelepasan GHG yang disasarkan.
Secara keseluruhan, perancangan dan sasaran yang ditetapkan dalam RS-1 ini mencerminkan aspirasi negeri dan didapati ianya selari dengan dasar/polisi diperingkat Persekutuan. Kerajaan Negeri komited dalam menyokong pelaksanaan dan pencapaian RS-1 ini melalui penjajaran semua projek dan program yang sedang dilaksana untuk tempoh sehingga tahun 2025.
-
Apakah langkah atau inisiatif yang telah dimulakan Kerajaan Negeri untuk mencapai matlamat ini?
Soalan (a) dan (b) akan dijawab bersekali.