Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

175) RANCANGAN SELANGOR 2

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah mula membentuk Rancangan Selangor 2?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri Selangor memfokuskan untuk menjayakan pelan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dirancang bagi tempoh dari 2021 sehingga 2025. Bagi menilai sejauh mana pencapaian semasa RS-1, Kerajaan Negeri sedang menjalankan Kajian Separuh Penggal(KSP) bagi menilai prestasi pelaksanaan RS-1 terutamanya pelaksanaan 262 projek, program dan inisiatif(PPI) yang dirancang.

     

    Bagi menjawab soalan YB, Rancangan Selangor ke-2 akan dimulakan selepas KSP RS-1 dilengkapkan selewat-lewatnya pada Mac 2024.

  2. Apakah garis masa untuk menulis draf, mengendalikan sesi libat urus dan meluluskan RS2?

    Sekiranya Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk melaksanakan Rancangan Selangor 2, tempoh masa yang diperlukan adalah sekitar 2 tahun dan akan dimulakan selepas Kajian Separuh Penggal (KSP) dilengkapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.