Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

94) RANCANGAN PERPUSTAKAAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan berkenaan perpustakaan yang sedia ada dalam negeri?

    Berikut adalah ringkasan keseluruhan Perpustakaan Awam Selangor yang telah dinaiktaraf sejak daripada tahun 2008 sehingga tahun 2021. Manakala bagi tahun 2021 masih lagi dalam proses menaiktaraf dengan menggunakan peruntukan daripada Bajet tahun 2021.

    PPAS telah menaiktaraf sebanyak 64 buah projek sejak tahun 2008 hingga 2021. Ianya telah melibatkan 59 buah perpustakaan dan 5 buah perpustakaan telah melalui proses penjenamaan semula sebanyak dua kali dalam tempoh tersebut.

     

    Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, kita mengharapkan dengan penambahan dan penaiktarafan perpustakaan di seluruh Negeri Selangor akan dapat meningkatkan lagi jumlah pengunjung pada masa akan datang selain dapat mengurangkan masalah gejala sosial khususnya dikalangan remaja dan menjadikan perpustakaan sebagai My Second Home atau Rumah keduaku.

  2. Memandangkan perpustakaan bukan sahaja merupakan satu tempat yang menyimpan buku tetapi juga mempunyai peranan sebagai satu pusat komuniti, apakah program akan dirancang demi menaikkan nama perpustakaan dalam negeri kepada warga Selangor?

    Antara program adalah seperti berikut :

    1.1    Program yang telah dilaksanakan diperingkat negeri oleh PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS) dari Januari hingga September 2021.

     

    Program dan aktiviti pada tahun ini telah mendapat kerjasama erat dari persepakatan pintar utama PPAS iaitu:

     

    • Persatuan Pendidikan dan Pemikiran Falsafah Malaysia (PPFPM)
    • Persatuan Sejarah Lisan Malaysia (PSLM)
    • Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

    Walaupun negeri Selangor melalui tempoh PKP yang agak panjang berbanding negeri lain, ia tidak menjadi penghalang kepada PPAS untuk terus memberikan program-program terbaik berbentuk keilmuan kepada semua peringkat umur sekaligus meenjadi terapi jiwa dan minda masyarakat.

     

    Ringkasan pelaksanaan program dan aktiviti adalah seperti berikut:

     

    BIL PROGRAM PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

    JANUARI – SEPTEMBER 2021

    JUMLAH AKTIVITI PENGLIBATAN PESERTA

    (ONLINE)

     

    1. Bahagian Perkhidmatan Pustaka Raja Tun Uda dan Rangkaian Perpustakaan 5,009 90,001
    2. Aktiviti utama Gerakan Membaca

    ·         Jom Baca              – 539,318 peserta

    ·         World Quran Hour – 11,263 peserta

    ·         Malaysia Quran     – 99,616 peserta

    3 643,945
    3. Webinar 30 71,248
      JUMLAH BESAR 5,042

    AKTIVITI

    805,194

    PESERTA

     

     

    1.2       Bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan sentiasa berjalan walaupun perpustakaan ditutup dan pengunjung tidak dapat hadir ke perpustakaan akibat penularan pendemik Covid-19 dan PKP (Perintah kawalan Pergerakan). PPAS mengambil inisiatif mewujudkan perkhidmatan BookFly2u bagi bertujuan memudahkan pengguna PRTU membuat pinjaman buku terus daripada rumah tanpa perlu hadir ke perpustakaan dan mendapatkan buku dengan mudah. Ini adalah penambahbaikan kepada sistem pinjaman buku sedia ada. Keunikan BooksFly2U adalah perpustakaan datang kepada pengguna sekaligus menjadi lebih dekat dihati dan sebagai solusi serta terapi minda bagi pengguna yang duduk di rumah.

     

     

    Statisitk bagi Peminjaman dan Bahan yang dipinjam dari Januari hingga September 2021.

     

     

    1.3    Program Cakna Anak Barisan Hadapan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menyumbangkan buku kanak-kanak bagi program cakna anak barisan hadapan di bawah pakej #kitaselangor.

     

    JADUAL PENGHANTARAN SUMBANGAN BAHAN BACAAN KANAK-KANAK BAGI PROGRAM CAKNA ANAK BARISAN HADAPAN COVID-19

     

     

    TARIKH

     

    JUMLAH BUKU LOKASI
    9/2/2021 (Selasa) 70 Naskah Hospital Selayang
    10/2/2021 (Rabu) 90 Naskah Hospital Serdang
    MAEPS Serdang
    11/2/2021 (Khamis) 65 Naskah

     

    Hospital Kajang
    16/2/2021 ((Selasa) 95 Naskah Hospital Ampang
    17/2/2021 (Rabu) 65 Naskah Hospital Banting
    18/2/2021 (Khamis) 180 Naskah Bangunan Darul Ehsan
    19/2/2021((Jumaat)      110 Naskah Hospital Gombak
    22/2/2021 (Isnin) 68 Naskah Hospital Sg Buloh
    23/2/2021 (Selasa) 74 Naskah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,

    Wisma Sunway Shah Alam

    24/2/2021 (Rabu) 80 Naskah Hospital Shah Alam
    25/2/2021 (Khamis) 78 Naskah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

     

    1.4    Program Sumbangan Komputer Refrubish.

     

     

     

    1.5   Bagi menyemarakkan budaya ilmu di Negeri Selangor, PPAS telah melaksanakan banyak program kelilmuan dan salah satu program yang dijalankan ialah Kelas Bahasa PPAS (Language Discovery @PPAS) dan telah melancarkan 14 kelas bahasa untuk Individu sama ada kanak-kanak sehingga dewasa kini boleh mengikuti kelas bahasa dengan hanya serendah RM10 sejam bagi setiap kelas selama 12 minggu.

     

    Semua kelas yang dijalankan adalah secara dalam talian. Senarai kelas bahasa seperti berikut:-

    1. Bahasa Mandarin – Kanak-kanak, Remaja, Dewasa
    2. Bahasa Korea – Kanak-kanak, Remaja, Dewasa
    3. Bahasa Turki – Dewasa sahaja
    4. Bahasa Sepanyol -Dewasa sahaja
    5. Bahasa Inggeris – Kanak-kanak, Remaja, Dewasa
    6. Bahasa Arab – Kanak-kanak, Remaja, Dewasa
    7. Bahasa Perancis – Dewasa sahaja
    8. Bahasa Itali – Dewasa sahaja
    9. Bahasa Jerman – Dewasa sahaja
    10. Bahasa Jepun – Dewasa sahaja
    11. Bahasa Belanda – Dewasa sahaja
    12. Bahasa Tamil – Kanak-kanak, Remaja, Dewasa
    13. Bahasa Melayu – Untuk Warga Asing Dewasa sahaja
    14. Bahasa Rusia – Dewasa sahaja.

     

    1.6   Pesta Buku Selangor yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) mulai 2 hingga 12 Disember 2021. Pesta Buku ini bermula jam 10 pagi hingga 9 malam. Jualan buku, diskaun menarik dan pelbagai aktiviti akan diadakan. PPAS juga menyediakan sembilan pemenang cabutan bertuah wang tunai RM500 setiap hari. Pesta Buku 11 hari turut diadakan secara hibrid bagi memberi peluang kepada mereka tidak dapat hadir untuk membeli buku kegemaran. Pesta buku tahun 2021 bertemakan ‘ Menghubungkan Hati dan Minda’.

Lampiran

Tiada Lampiran.