Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

59) RANCANGAN PERBELANJAAN MODAL AIR SELANGOR SEBANYAK

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Air Selangor akan menguruskan bekalan air ke seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 1 April 2019. Apakah ringkasan rancangan perbelanjaan modal sebanyak RM30bil untuk tempoh 30 tahun yang boleh dilaporkan kepada Dewan untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan air?

    Rancangan perbelanjaan modal sebanyak RM30 bilion bagi tempoh 30 tahun tersebut adalah berdasarkan cadangan yang telah dikemukakan di dalam Draf Rancangan Perniagaan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (‘Air Selangor’) kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (“SPAN”).
    Cadangan tersebut masih sedan diperhalusi oleh pihak SPAN. Mengikut ketetapan yang telah dipersetujui melalui Perjanjian Tambahan Ketiga bagi Penstrukturan Air di Selangor yang telah ditandatangani pada 4 Januari 2019 tempohari, Air Selangor akan diberi tempoh sehingga empat (4) bulan setelah tarikh kuatkuasa lesen perkhidmatan untuk menyiapkan Rancangan Perniagaan bagi kelulusan SPAN.
    Pihak Kerajaan Negeri menjamin rancangan perniagaan tersebut telah mengambil kira pelbagai aspek bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan bekalan ari pada hari ini, malahan ia haruslah mampan dan forward-looking di dalam memastikan setiap pelaburan yang dibuat itu, menjana hasil seperti yang dikehendaki.
    Secara ringkasnya, rancangan perbelanjaan modal tersebut mengambil kira keperluan untuk memastikan kemampuan (sustainability) perkhidmatan air itu sendiri, dengan pembinaan loji-loji baru, baik pulih loji-loji sedia ada, peningkatan rezab margin, penambahbaikan keandalan (reability) dan ketahanan aset, meningkatkan kecekapan operasi, pematuhan kualiti air, menambahbaik mutu khidmat pelanggan, penurunan kadar Air Tidak Berhasil (Non-Revenue Water) antara lain dengan penggantian paip-paip lama dan paip-paip komunikasi; termasuk penggunaan teknologi terkini, dan sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, Air Selangor turut komited di dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan mesra alam.

Lampiran

Tiada Lampiran.