Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

197) RANCANGAN PEMBESARAN KAMPUNG JENDERAM HILIR, TAMAN JENDERAM MURNI (FASA 2)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini perlaksanaan Fasa 2 projek ini?

    Pelaksanaan Fasa 2 projek ini masih belum dimulakan.

  2. Apakah bentuk penyelesaian terhadap permasalahan Òkawasan rayauÓ Orang Asli di kawasan tersebut?

    Minit mesyuarat telah diedarkan pada 14 Jun 2017 berhubung keputusan mesyuarat seperti berikut:

    • JAKOA Sepang dan Selangor hendaklah mengemukakan senarai nama lengkap masyarakat Orang Asli yang dimaksudkan iaitu menduduki dan tidak menduduki tetapi memiliki tanah di tapak berkenaan dalam tempoh dua (2) minggu;
    • Susulan penerimaan senarai nama berkenaan, satu (1) Jawatankuasa Teknikal akan ditubuhkan merangkumi semua pihak untuk membuat bancian ke atas tapak bagi penyediaan laporan terperinci keadaan atas tanah yang melibatkan masyarakat Orang Asli;
    • Perbincangan serta rundingan selanjutnya berhubung cadangan penyelesaian dan tuntutan masyarakat Orang Asli akan diadakan setelah pelantikan Tok Batin yang baru oleh pihak JAKOA serta perkara di Bil. (i) dan (ii) disempurnakan.
  3. Bilakah dijangka permasalahan ini akan dapat diselesaikan?

    Tertakluk kepada tindakan penyelesaian seperti di b)

Lampiran

Tiada Lampiran.