Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
207) RANCANGAN PEMBANGUNAN DAERAH SABAK BERNAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila lampirkan rancangan pembangunan daerah Sabak Bernam 2015-2025 beserta zoning kawasan pertanian, pembangunan, perindustrian dan lain-lain.
- Rancangan Pembangunan Daerah Sabak Bernam 2015-2025 adalah sepertimana yang terkandung di dalam Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (RTMDSB) 2015-2025 yang telah diwartakan pada 8 Oktober 2015, No. Warta 2984 dan ianya masih berkuatkuasa sehingga kini.
- Keluasan kawasan RTMDSB 2015-2025 adalah seluas 101,700 hektar dan ianya merangkumi lima (5) Blok Perancangan seperti berikut:
Blok Perancangan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (RTMDSB) 2015-2025
BLOK PERANCANGAN (BP) MUKIM BP 1 Panchang Bedena BP 2 Bagan Nakhoda Omar BP 3 Sabak BP 4 Sungai Panjang BP 5 Pasir Panjang Sumber: RTMDSB 2015-2025, (2015)
- Zon guna tanah Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (RTMDSB) 2015-2025 adalah seperti berikut:
Zon Gunatanah Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (RTMDSB) 2015-2025
Blok Perancangan Mukim Zon Gunatanah RTMDSB 2015-2025 (Hektar) Jumlah (Hektar)
Pertanian Pembangunan Perindustrian Lain-Lain BP 1 Panchang Bedena 9,913.53 1,681.22 348.72 6,614.45 18,557.92 BP 2 Bagan Nakhoda Omar 5,476.47 396.30 – 2,935.55 8,808.32 BP 3 Sabak 11,843.63 1,278.73 33.33 2,486.23 15,641.92 BP 4 Sungai Panjang 13,910.98 247.19 2.26 14,669.84 29,075.20 BP 5 Pasir Panjang 6,741.01 280.87 64.49 22,775.2 29,861.57 Jumlah Keseluruhan (Hektar) 47,885.62 3,884.31 448.8 49481.27 101,944.93 Sumber: RTMDSB 2015-2025, (2015)
-
Sila lampirkan rancangan pembangunan Daerah Sabak Bernam 2025-2035 beserta zoning kawasan pertanian, pembangunan, perindustrian dan lain-lain.
Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sedang dalam proses penyediaan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor 2035 (Penggantian) bagi menggantikan RTMDSB 2015-2025 yang akan tamat tempoh pada tahun ini. DRTMDSB 2035 (Penggantian) telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JKSTP) Pertama pada 20 Disember 2024 dan Kedua pada 7 Februari 2025.
- Melalui JKSTP yang diadakan, satu syor telah dibangkitkan iaitu berkaitan bantahan pembangunan di kawasan Sekinchan yang perlu diangkat ke Mesyuarat EXCO MTES bagi mendapatkan pandangan dan pertimbangan. Sehubungan itu, MDSB akan membawa syor berkenaan ke Mesyuarat Penuh MDSB pada Mac 2025 dan selanjutnya ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor (JPNS) yang terhampir.
- Berhubung dengan penyediaan DRTMDSB 2035 (Penggantian), terdapat sembilan (9) Blok Perancangan telah diperincikan berbanding lima (5) Blok Perancangan di rancangan tempatan terdahulu. Selain daripada kawasan daratan, DRTMDSB 2035 (Penggantian) turut mengambilkira kawasan perairan yang akan dikawal selia oleh Majlis Daerah Sabak Bernam iaitu di Blok Perancangan (BP) 9 : Persisiran Selat Melaka (3 batu nautika dari paras tikas air surut).
Cadangan Blok Perancangan (BP) Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor 2035 (Penggantian)
BLOK PERANCANGAN KAWASAN BP 1 Sekinchan BP 2 Sungai Besar BP 3 Sabak BP 4 Parit Timur BP 5 Bagan Terap BP 6 Tebuk Mufrad BP 7 Sungai Lang BP 8 Sungai Panjang BP 9 Persisiran Selat Melaka Sumber: DRTMDSB 2035 (Penggantian)
- Cadangan zon guna tanah Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor 2035 (Penggantian) adalah seperti berikut:
Cadangan Zon Guna Tanah Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2035 (Penggantian)
BLOK PERANCANGAN MUKIM ZON GUNATANAH RTMDSB 2035 (Penggantian) (HEKTAR) JUMLAH (HEKTAR)
PERTANIAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN LAIN-LAIN BP 1 Sekinchan 6,367.60 355.8 70.34 1429.37 8,223.11 BP 2 Sungai Besar 1,569.90 1236.66 332.98 2869.31 6,008.85 BP 3 Sabak 3,122.74 1710.15 33.56 918.21 5,784.66 BP 4 Parit Timur 8,347.58 – – 958.11 9,305.69 BP 5 Bagan Terap 6,734.32 653.47 35.99 1335.78 8,759.56 BP 6 Tebuk Mufrad 7,949.11 272.37 166.38 2023.03 10,410.89 BP 7 Sungai Lang 5486.81 727.85 190.54 3738.74 10,143.94 BP 8 Sungai Panjang 5,114.31 25.65 63.31 38828.73 44,032.00 BP 9 Persisiran Selat Melaka – – – (kawasan laut 3 batu nautika) JUMLAH KESELURUHAN (HEKTAR) 44,692.37 4981.95 893.1 79361.28 102,668.70 Sumber: DRTMDSB 2035 (Penggantian)
-
Apakah terdapat tanah pertanian yang ditukar statusnya kepada pembangunan dan berapa ekar tanah tersebut serta adakah tanah pertanian tersebut diganti semula?
Pada tahun 2020-2024, sebanyak 16 hakmilik tanah berstatus pertanian telah ditukar kepada status pembangunan yang melibatkan kawasan seluas 44 ekar.
- Penukaran status tanah oleh pemilik-pemilik tanah berkenaan adalah selaras dengan ketetapan zon guna tanah rancangan tempatan (telah diwartakan) yang turut diubah daripada guna tanah pertanian kepada pembangunan.
- Walau bagaimanapun, pengubahan zon guna tanah rancangan tempatan tidak secara langsung mengubah status tanah dan ianya masih kekal berstatus pertanian, melainkan pemilik tanah membuat permohonan bagi menukar syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan.
- Berhubung dengan penggantian tanah pertanian yang ditukar kepada status pembangunan, Kanun Tanah Negara (KTN) tidak menetapkan sebarang syarat supaya ianya digantikan semula dan sehingga kini tiada sebarang penggantian tanah pertanian yang telah dilaksanakan.
- Berdasarkan RTMDSB 2025 sejumlah 34,002.25 hektar tanah pertanian telah dikenalpasti manakala di dalam RTMDSB 2035 (Penggantian), terdapat sedikit penurunan jumlah keluasan tanah pertanian di seluruh Daerah Sabak Bernam iaitu kepada 30,744.34 hektar.
Bilangan Hak Milik Yang Telah Menukar Syarat Daripada Pertanian Kepada Pembangunan Beserta Keluasan Tanah Bagi Daerah Sabak Bernam
Tahun Kategori Pembangunan (Tukar Syarat) Jumlah Kediaman Perniagaan Perusahaan Bil. Hakmilik Keluasan (Ekar)
Bil. Hakmilik Keluasan (Ekar)
Bil. Hakmilik Keluasan (Ekar)
Bil. Hakmilik Keluasan (Ekar)
2020 5 7.32 1 1.05 2 5.72 8 14.09 2021 – – 2 2.14 – – 2 2.14 2022 – – 1 1.02 2 6.05 3 7.07 2023 1 1.83 – – – – 1 1.83 2024 2 2.31 – – – – 2 2.31 Jumlah 8 11.46 4 4.21 4 11.77 16 27.44 Sumber: Pejabat Tanah Dan Daerah Sabak Bernam, 2025