Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

192) RANCANGAN MENGATASI ‘LEARNING LOSS’

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah 'learning loss' akibat Covid-19?

    JPN Selangor sentiasa prihatin terhadap isu murid keciciran pembelajaran yang telah menjejaskan tahap penguasaan minimum murid dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

    1. Bagi memastikan murid sekolah rendah menguasai tahap kemahiran asas 3M, Sektor Pembelajaran JPN Selangor telah melaksanakan pelbagai inisiatif, antaranya memperkasakan Intervensi Program Pemulihan Khas dan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN).

      a. Bengkel Kem Perkasa PLaN (K2P) yang membantu sekolah dalam mengurangkan bilangan murid Tahap Penguasaan 1 (TP 1) dan Tahap Penguasaan 2 (TP2) untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik telah dilaksanakan kepada tujuh buah sekolah fokus PLaN pada 4 Ogos 2023. Kem ini berakhir pada 31 Oktober 2023. Senarai sekolah yang terlibat dengan Kem ini ialah :

      -SK (Asli) Bukit Cheding
      -SK Sungai Bumbun (Asli)
      -SK Sungai Judah
      -SK (Asli) Bukit Kamandol
      -SK Tun Abdul Razak
      -SJKT Ladang Braunston
      -SK Bukit Lanjan

      b. Penataran Modul Latihan Pedagogi Terbeza dalam PdP Pemulihan Khas telah dilaksanakan bagi membantu guru-guru pemulihan dalam pengajaran berfokus kepada murid yang aras kognitif rendah. Maklumat penataran adalah seperti berikut:


      2. Perancangan Tahun 2024 adalah seperi berikut :

      a. Bengkel Didik Hibur dan Kreativiti dalam PdP Bahasa Melayu Guru Tahap 1:
      Tarikh : 24 April 2024
      Sasaran : 50 buah sekolah fokus

      b. Bengkel Pemantapan Modul Literasi Boleh Baca (BoBa) :
      Tarikh : 16 Mei 2024
      Sasaran : 50 buah sekolah fokus

      c. Bengkel “Assessment for Literacy” in relation to DSKP :
      Tarikh : 14 &15 Ogos 2024
      Sasaran : 35 buah sekolah fokus

      a. Bengkel Gemilang Matematik (GeMa) Sekolah Rendah Negeri Selangor:
      Tarikh : 27 & 28 Ogos 2024
      Sasaran : 20 buah sekolah fokus

      b. Bengkel Kerja Strategi PdP MBPK dalam kelas pemulihan khas Negeri Selangor :
      Tarikh : 30 Julai 2024
      Sasaran : 4 JPN, 2 JU Negeri, 10 Penolong PPD
      Pemulihan Khas dan 20 guru pemulihan

      3. JPN Selangor telah merancang program- program ke arah untuk mengatasi isu ‘learning loss’ akibat Covid-19. Perancangan program adalah seperti berikut:

      a. Berdasarkan Data Murid Pemulihan Khas Negeri Selangor berakhir Ogos 2023, seramai 17550 orang murid terlibat dengan Program Pemulihan Khas. Bagi mengatasi isu ini, JPN Selangor akan menyebar luas penggunaan Modul Bijak, Pintar, Rajin (BiTaRa) yang dihasilkan oleh Sektor Pembelajaran, JPN Selangor pada tahun 2021 bagi digunapakai oleh semua guru pemulihan.

      b. JPN Selangor dan PPD seluruh negeri Selangor akan mengenalpasti murid yang aras pencapaian kemahiran asas 3M yang rendah untuk dibantu dalam Kem Intervensi Berfokus:
      Tarikh : 26 September 2024
      Peserta : 100 orang murid pemulihan khas

Lampiran

Tiada Lampiran.