Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
173) RANCANGAN MEMBASMIKAN COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan berniat untuk menjalankan saringan COVID-19 dan program vaksinasi di pangsapuri-pangsapuri atau kawasan kos rendah untuk memastikan semua rakyat di kawasan ini dapat divaksinasikan?
Bagi Negeri Selangor pelaksanaan vaksinasi secara bersasar oleh pasukan mobil PKD dilakukan di kawasan pangsapuri/kos rendah yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Buat masa ini tiada perancangan untuk program vaksinasi secara bersasar di pangsapuri-pangsapuri atau kawasan kos rendah yang tidak dilaksanakan PKPD.