Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

13) RANCANGAN KHAS BANDAR MALAWATI 2020-2025

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah perkembangan pembangunan ekonomi dan pelancongan Kuala Selangor melalui RKK Bandar Malawati 2020-2025?

    Sehingga kini, Pihak Majlis telah menjalankan beberapa projek di kawasan Rancangan Khas Bandar Malawati 2025 seperti menaiktaraf Dataran Malawati Kuala Selangor, Laluan Seni Pekan Lama Kuala Selangor, Dataran Ixora dan lain-lain pembaikan kecil. Manakala pihak JAIS telah menaiktaraf Masjid Raja Lumu dan menyumbang kepada pelancongan Daerah Kuala Selangor. Laluan Seni Pekan Lama ini dapat menarik 181,247 orang pelancong dengan peningkatan jumlah hasil jualan tiket di pusat pelancongan Majlis Perbandaran Kuala Selangor pada tahun 2022 sebanyak (52%) berbanding tahun – tahun sebelum iaitu berjumlah RM 820,900.55. Pada tahun 2022 Jumlah kehadiran pelancong ke Daerah Kuala Selangor juga meningkat bermula Ogos – Oktober 2022. Agensi-agensi yang lain juga digalakkan untuk menjadikan RKKBMKS 2025 sebagai rujukan untuk cadangan proses naiktaraf Pekan Lama Kuala Selangor.

  2. Bagaimana RKK Bandar Malawati dapat menjana pendapatan warga tempatan serta menambahbaik ekonomi para peniaga tempatan?

    Setelah proses menaiktaraf dan proses rejuvenasi Pekan Lama Kuala Selangor berjaya dilaksanakan, peningkatan jumlah peniaga-peniaga kecil juga bertambah dengan adanya pusat penjaja dan peniaga baru seperti berikut;

     

    Bil Lokasi Jumlah Penjaja
    i. Penjaja Gerbang Malam 43 penjaja
    ii. Peniaga Dataran Ixora 6 penjaja
    iii. Peniaga Hadapan Restoran Rahmaniyah 4 penjaja

Lampiran

Tiada Lampiran.