Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

164) RANCANGAN KERAJAAN NEGERI UNTUK PENIAGA PBT

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk melanjutkan polisi tempoh sewaan gerai-gerai milik PBT?

    Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 20/2019 pada 3 Jun 2020 telah menetapkan agar tempoh sewaan gerai/ tapak milik PBT dihadkan untuk tempoh masa tertentu untuk seseorang pemohon bagi memberi lebih banyak peluang kepada penjaja-penjaja yang lain. Oleh yang demikian, polisi tempoh sewaan gerai-gerai adalah tertakluk kepada kaedah kawalan setiap PBT Negeri Selangor dengan mengambil kira dasar yang telah ditetapkan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh lesen sementara bagi peniaga-peniaga yang terkesan akibat wabak Covid-19, walaupun telah memasuki fasa endemik?

    Kerajaan Negeri bersetuju agar pemberian lesen penjaja sementara negeri Selangor diteruskan sehingga 30 Jun 2022 di dalam tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.