Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

12) RANCANGAN KAWASAN KHAS KUALA KUBU BHARU

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status perlaksanaan Rancangan Kawasan Khas Kuala Kubu Bharu.

    Pelaksanaan projek – projek di bawah Rancangan Kawasan Khas Kuala Kubu Bharu telah memasuki tahun ke empat sejak ianya diwartakan pada 27 Mei 2010 (No. Warta 2010). Projek yang dijalankan adalah seperti yang telah disenaraikan dan diwartakan di dalam Rancangan Kawasan Khas Kuala Kubu Bharu

  2. Nyatakan cadangan-cadangan tindakan dan jumlah peruntukan untuk RKK tersebut bagi tahun 2013, 2014 dan 2015.

    Projek bagi tahun 2013 adalah seperti berikut:

    1. Longkang tertutup pusat Bandar Kuala Kubu Bharu
    2. Pengisahan sejarah

    Jumlah peruntukan yang dibekalkan bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM 1 juta.

    Projek bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:

    1. Program mengecat semula Bandar Kuala Kubu Bharu
    2. Cadangan pengindahan monsoon
    1. Pembaikan monumen jam
    2. Cadangan interlocking pavement Bandar Kuala Kubu Bharu

    Jumlah   peruntukan  yang   dibekalkan   bagi   tahun   2014    adalah                 sebanyak RM 750,000

    Projek bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:

    1. Program mengecat semula Bandar Kuala Kubu Bharu
    2. Cadangan interlocking pavement Bandar Kuala Kubu Bharu
    3. Cadangan sambungan laluan pejalan kaki dan laluan basikal Bandar Kuala Kubu Bharu

    Jumlah peruntukan akan ditentukan ketika mesyuarat pembentangan bajet Majlis Daerah Hulu Selangor bagi tahun 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.