Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
69) RANCANGAN KAWASAN KHAS BANDAR KUALA KUBU BHARU 2025
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Kuala Kubu Bharu 2025 telah diwartakan? Jika ya, nyatakan pelaksanaannya secara terperinci.
Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu 2025
Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu 2025 telah diluluskan dalam Mesyuarat MMKN Bil. 7/2022 bertarikh 09 Mac 2022 dan kini dalam proses untuk diwartakan.
Pelaksanaan RKK BKKB 2025
RKK BKKB 2025 disediakan sebagai hala tuju pembangunan untuk menjadikan Bandar Kuala Kubu Bharu Sebagai Bandar Taman Pertama Di Malaysia. RKK BKKB 2025 telah menetapkan lima (5) strategi pengurusan dan sembilan (9) projek flagship yang telah dicadangkan untuk dilaksanakan sehingga tahun 2025 bagi mencapai matlamat tersebut.
Lima (5) strategi pengurusan (SP) tersebut adalah:
SP1 – Memelihara dan menggukuhkan imej serta karakter BKKB sebagai bandar taman dan bandar central forest spine.
SP2 – Memelihara dan mengukuhkan warisan sejarah sedia ada
SP3 – Mobiliti aktif dan menambahbaik sistem pengangkutan sedia ada.
SP4 – Mengukuhkan pelancongan sebagai penjana ekonomi utama
SP5 – Menggalakkan penyediaan infrastruktur hijau.
Sembilan (9) projek flagship (PF) yang telah dicadangkan adalah:
PF1 – Pembangunan Pasar Warisan Bandar Kuala Kubu Bharu
PF2 – Pembangunan Lookout Point (Stargazzing)
PF3 – Penaiktarafan Kemudahan Rekreasi Sungai Chilling
PF4 – Penaiktarafan Dataran Medan Selera
PF5 – Pembangunan Galeri Bersepadu Garden City
PF6 – Pemuliharaan Bangunan dan Monumen Warisan
PF7 – Pembangunan Entry Statement dan Penaiktarafan Infrastruktur di Jalan Persekutuan 55
PF8 – Pembangunan Taman Linear (Sg. Selangor)
PF9 – Penaiktarafan Persimpangan Utama BKKB.
-
Nyatakan perbezaan RKK BKKB 2015 dan RKK BKKB 2025.
RKK BKKB 2025 disediakan untuk menggantikan RKK BKKB 2015 yang telah diwartakan pada 20 Mei 2010 kerana telah tamat tempoh perancangannya.
Perbezaan utama antara RKK BKKB 2025 dengan RKK BKKB 2015 adalah dari segi kawasan pemakaian RKK dimana RKK BKKB 2015 hanya meliputi kawasan seluas 177 hektar dan melibatkan mukim Ampang Pechah sahaja manakala RKK BKKB 2025 meliputi kawasan seluas 1,582 hektar dan melibatkan mukim Ampang Pechah, Buloh Telor dan Mukim Rasa. RKK BKKB 2025 turut memperkenalkan dua sempadan kawasan RKK melibatkan Zon Teras dan Zon Penampan untuk mengukuhkan Bandar Kuala Kubu Bharu sebagai Kawasan Berkepentingan Warisan Kebangsaan dan mengawal pembangunan