Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
185) RANCANGAN JANGKA PANJANG UNTUK MANFAATKAN DEWAN-DEWAN TERBIAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan jangka panjang untuk memanfaatkan dewan-dewan terbiar seperti Dewan Orang Ramai Blok S Sungai Burung, termasuk mungkin menjadikannya hab komuniti digital, hab pertanian atau apa-apa pengunaan yang signifikan terhadap binaan tersebut?
Dewan Blok S di Sungai Burong mempunyai kemudahan pentas, gelangang badminton / sepak takraw, tandas dan perkarangan yang luas.
Dewan ini memerlukan peruntukan untuk dibaikpulih dan permohonan peruntukan juga dilaksanakan untuk memastikan kemudahan sedia ada dibaikpulih dan ditambahbaik bagi keselesaan masyarakat setempat.
Dalam pada ini, Kerajaan Negeri adalah terbuka sekiranya ada masyarakat yang ingin memohon lesen atau pajak tanah untuk diusahakan. Kawasan persekitaran juga boleh dijadikan pusat jualan dan program-program berkaitan inisiatif usahawan tempatan bagi menjana pendapatan masyarakat setempat yang berminat.
Kerajaan Negeri juga bersedia bekerjasama dengan agensi pertanian, teknologi, digital dan sukan sekiranya ada cadangan untuk menjadikan dewan-dewan terbiar sebagai pusat atau hab yang berpotensi dan membangunkan masyarakat setempat.