Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

128) RANCANGAN ESPORTS

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memposisikan Selangor sebagai hab e-sports bertaraf dunia memandangkan e-sports berkemungkinan besar diiktiraf sebagai sukan Olimpik?

    Sukan E-sports atau sinonimnya sebagai cybergames yang diadakan oleh Persatuan E-sports Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi pelopor kepada pembangunan sukan e-sports di Malaysia. Antara acara – acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti Selangor Cybergames, Selangor Xtiv Esports dan E-sports Selangor Development Program.

    Bagi menjadikan Selangor sebagai hab e-sports, pihak Majlis masih dalam perbincangan untuk mendapatkan fasiliti yang sesuai untuk memposisikan Selangor sebagai hab e-sports bertaraf dunia. Namun begitu, program – program pembangunan sukan e-sports di Selangor yang di jalankan oleh Persatuan e-sports Selangor lebih menumpukan kepada program – program akar umbi iaitu memberi pendedahan dan pendidikan awal berkenaan e-sports di peringkat pelajar – pelajar sekolah dan juga ianya berterusan ke peringkat pelajar institut pengajian tinggi bagi melengkapkan ekosistem e-sports terutamanya dalam bidang akademik dan kerjaya.

    Selain daripada itu, pihak persatuan juga rancak menganjurkan kejohanan – kejohanan sukan e-sports di Selangor ini secara berskala kecil mahupun besar untuk mencungkil bakat – bakat baru yang berpotensi untuk digilap ke peringkat prestasi tinggi. Pasukan e-sports Selangor juga sedang mempersiapkan atlet – atlet prestasi tinggi untuk penyertaan ke SUKMA 2022 pada September ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.